Kerja dekat stesen minyak ni ingat senang ke "(
Assalamualaikum!
Pe kabo ") . Lama aku tak menulis ek, busy membina kerjaya wakaka #poyo . Harini aku off, pastu dan dan je aku off badan pulak tak sihat, penat keje kot :| . Entry sebelum ni aku ada bagi hint yang aku akan bekerja dekat stesen minyak kan, alhamdulillah ngam :') .
![]() | |
|
Apa yang menyebabkan aku ngam sangat tu ek, aku dapat buat saving weh! Aku keje sebagai cashier je, basic gaji je dapat tapi duit gaji aku tu cukup weh. Tempat kerja aku ni boleh diibaratkan macam depan rumah jee . Aku pergi kerja pun naik motor CikJah, tu pun isi minyak motor RM 8 full tank untuk seminggu! RM 8 tu pun sebab pakai minyak mahal, kalau minyak biasa lagi saving huhu. Apa lagi ek?
Aku keje shif malam, tak dapat nak elak lah sebab shif pagi penuh, bos pulak taknak rotate shif, malam jela aku keje. Tapi best je, sebab bos takde haha. Aku start keje pukul 4 petang sampai 12 malam. Stesen minyak ni ada pekerja tetap tau, pekerja Bangladesh. First impression aku tentang dieorang ni mesti degil, sombong, busuk haha tapi sebenarnya tak pun, serius! Aku boleh jamin dieorang semua ni baik baik, sampaikan pekerja lelaki Melayu kat sini jadikan dieorang bestfriend. Actually dieorang ni duduk belakang rumah aku je haha, dieorang pelik sangat kenapa sepanjang dieorang duduk situ, dieorang tak pernah jumpa aku, asyik jumpa CikJak CikJah je hahaha yang ni sumpah kelako!
Aku cakap lah aku ni jarang ada dekat rumah, lagipun aku baru je duduk sini, dalam dua tahun lebih sikit. Dalam tempoh tu aku kan tengah study dekat Seremban, kalau aku balik pun aku duduk dalam rumah je, tak keluar pergi mana mana sebab dekat Seremban dah puas merayap wakaka. Aku ada dengar CikJah bercerita tentang dieorang, tapi aku buat dunno ajelah sebab tak penting huhu. Tapi sejak dieorang tahu aku anak orang depan rumah dieorang ni, semua pakat pelik je, siap assume CikJak takde anak pulak tu, adoi! Anak dia wujud okay, cuma disebalik tabir ajelah, tak mampu beraksi didepan camera, agittew #rolleyes .
Aku ada cerita kan yang keje kali ni CikJak yang carikan haha. CikJak belikan aku helmet weh, dia dah fikir dah nanti aku nak pakai helmet mana. Aku ade je helmet dulu, cuma lepas banjir 2014, helmet tu berlumpur sangat, aku jadi tak selera nak pakai huhu. Lagipun aku banyak guna CikDeMok, makin dilupakan lah helmet aku tu ;') . Tapi bagi aku kan, aku sangat menghargai pemberian orang. Aku akan jaga pemberian tu sebaik yang mungkin sebab bukan senang orang nak memberi ") .
![]() |
Terima kasih CikJak,
walaupun bukan brand SHOEI tapi aku tetap pakai hahaha
|
Hari pertama aku masuk kerja tu, aku datang awal okay kachingg. Takde lah awal mana, dalam 15 minit jugak lah. Stesen minyak ni dekat kawasan lebuhraya, tempat kerja aku ni pulak belah melawan arus. Agak takut jugak lah mula mula tapi ape ade hal, jiwa kelajuan dah sebati dalam diri wakaka.
![]() |
Cik Syikin ye "D Bukan oi, bukan gemuk, bukan woi perempuan, bukan ye :| |
Masa hari pertama aku masuk keje, kerani dengan SV situ suruh aku susun barang dulu, sebab cashier penuh, dalam hati aku, again cakap tak serupa bikin ! Dah janji nak tawarkan aku position cashier memandai jek nak suruh buat benda lain, aku terus ajelah melenting, biar dieorang tahu aku ni pantang ditipu. Barulah dieorang kata okay aku keje cashier. Actually, aku sepatutnya ganti cashier yang nak berhenti hujung bulan ni. Katanya nak konvo plus cari kerja lain, alang alang konvo tu berhenti terus katanya.
Kerja aku nampak je mudah tau tapi sebenarnya serabut yakmat! Baru minggu pertama aku kerja, aku dah kena sound dengan sorang customer ni, pasal kad kredit. Aku tak pandai lagi nak guna kredit kad kalau orang nak buat transaksi. Tapi hari tu, aku belajar sesuatu. Aku tak tahu lah sistem kad kredit dekat tempat lain tu macam mana tapi kalau kat tempat aku ni, kad kredit selalu je line problem. Kalau nak guna kredit kad untuk pengisian minyak jugak, better lah cucuk dekat luar tu. Sebab kengkadang kalau buat dekat dalam macam macam masalah timbul "( .
Disebabkan aku tak tahu betapa teruk nya penggunaan kad kredit dekat sini, aku kena maki free free je dengan sorang customer ni #cryinsideout . Partner Bangla aku masa tu tak nak tolong back up aku, aku pun tak paham dengan dia ni, jenis tak tolong member, buat hal sendiri yang teramat sangat, dia rela je tengok aku terkulat kulat kena marah dengan customer tak guna tu, lagi double sakit hati "( . Kalau engko nak buat hal sendiri pun berpada lah vavi, haih sumpah bengang aku tak habis lagi kalau keje dengan Bangla ni :[ .
![]() |
Kalau korang nak guna kredit kad sekalipun, aku sarankan kalau datang je sini, tolonglah guna cash yang ada. Stesen sini pelik sikit, ATM takde plus line pulak selalu buat hal. Customer yang singgah sini aku rasa rata ratanya orang kampung je, tapi bila dah duduk bandar kerek pulak #huh . Kalau nak guna kredit kad sangat untuk pengisian minyak, better korang cucuk dekat luar tu, memang pihak bank amik duit RM200 sebagai pendahuluan, tapi tak silap aku dalam masa 24 jam korang akan dapat balik duit tu. Even kalau tak dapat sekalipun, engko call ajelah bank tu mintak balik duit enko haih, tu pun nak ajar ke #benggang .
Tapi ade je yang nak tayang kaya haha, berlagak nak pakai kad bagai, pergi lah duk merayu buat muka poyo depan kiteorang mintak tolong buat kad dekat dalam. Aku depends pada customer lah, kalau jenis cakap baik baik, aku buat lah, tapi kalau jenis kerek tu, sorry lah pergi kaunter Bangla berlagak tu ek. Ada jugak yang jenis nak jugak pakai kad walaupun barang yang dibeli tu bawah RM5 adeh. Kiteorang dekat sini takde machine tap and go tu, bos malas guna so terpaksa guna no PIN lah. Aku tengok Bangla ni kengkadang belanja je customer yang jenis macam tu. Kalau aku, malu lah weh orang belanja, pekerja asing pulak tu belanja "( aku rela korek segala ceruk kereta aku nak cari duit bayar. Macam macam perangai #tepukdahi .
Kiteorang ada jugak servis Top-Up Touch & Go, tunai sahaja! Golongan golongan pengguna kad kredit ni semua kebanyakkan nya tahap benggang sebab tak dapat nak topup. Kalau pergi kedai serbaneka lain adalah khidmat tu, tapi bukan dekat sini, penat tau nak explain benda yang sama setiap hari haih. Aku suka topup pakai cash je, senang mungkin sebab aku jarang travel. Paling banyak aku pernah topup kad customer ni RM500, gile! Aku tanya dia kenapa banyak sangat topup, dia cakap malas nak berhenti topup alang alang tu topup banyak terus haha. Driver lori pun topup RM200 paling banyak. Kalau time orang ramai tu lagi lah jahanom hidup aku haha. Pernah sekali tu aku tersalah bagi kad, so amaun dalam tu confirm tak sama dengan kad sebenar, dah aku kena ganti guna duit aku sendiri haih, pihak pentadbiran pulak taknak tolong, padan muka Syikin "( .
Yang tu semua pengalaman pahit aku lah, tapi ade jugak terselit pengalaman manis nya, manusia baik belum pupus lagi okay haha. Sorry to say lah, kaum lain lagi bagus kot adab dieorang berbanding kaum aku sendiri #truth . Customer kat sini ada je yang ramah sangat and ade je yang sombong tak bertempat haha. Yang jenis marah marah tu perkara biasalah. Kerja sebagai customer service ni memang kena kuat mental weh. Dari sini aku rasa perangai aku berubah daripada dulu asyik ikut je cakap orang but for now dah berani tegas, eh yeke #rolleyes . Paling best aku dapat jumpa artis weh haha, biasa tengok dalam tv aje sekali jumpa depan mata tak tercenggang Syikin ni "D , teringin nak selfie tapi malu wakaka.
![]() |
Bangla sini dah kerja lama, kebanyakkan customer tetap tu dieorang dah kenal, pastu dieorang ajar aku kalau yang biasa datang ni kena buat apa. Aku suka borak dengan pemandu pemandu lori yang singgah dekat sini, tanya lah pergi mana hantar barang apa kan, ada yang jenis ulang alik Kelantan--KL #salute . Ada jugak pemandu yang beli coklat dengan mainan budak, katanya untuk anak sebab dah lama dia tak balik rumah #sebak , teringat CikJak dulu masa kerja ada jugak belikan aku coklat, walaupun coklat tu boleh je dapat dekat kedai runcit kampung, tapi bila dah namanya ayah kasi, rasa istimewa lah sikit :')
Kerja shif petang ni kebanyakkannya Bangla and shif pagi kena konker dengan Melayu #kakikipas . Shif malam pulak Bangla dengan Melayu sorang. Kiteorang ada tiga shif sebab stesen minyak ni kena bukak 24 jam, satu shif 8 jam. Aku rasa best keje dengan Bangla ni sebab dieorang tak kacau hal aku, in word tak jaga tepi kain orang. Ade je sorang budak Melayu kerja sama dengan aku, tapi dia pun jenis tak amik hal pasal orang sangat, bila perlu je dia tanya. Aku ada jugak dengar budak shif pagi jeles dengan aku haha sebab aku sorang je perempuan shif petang, so memang Bangla ni dengar arahan aku lah kan "D #womenpower .
Bangla ni ramai, dalam seminggu jugaklah aku nak dapat hafal nama dieorang "D . Dieorang ni kuat agama tau, macam solat tu on time je, malu pulak dengan diri sendiri huhu. Dieorang pun beragama Islam macam kita, cuma Mazhab yang berbeza. Macam kita mengamalkan Mazhab Syafie tapi dieorang ikut Mazhab Hanafi. Ada sedikit perbezaan yang menyebabkan kengkadang aku berbahas jugak dengan dieorang. Contoh dia, makanan. Dieorang makan benda hidup je, maksud aku memang semua benda hidup kan tapi dieorang prefer benda yang dieorang boleh bela, contohnya ayam kampung. Dieorang prefer ayam kampung daripada ayam bandar ni haa. Ada jugak certain benda dieorang tak boleh makan, macam sardin dalam tin tu, sotong, udang and others seafood #nikmatdunia . Kengkadang kalau aku bawak bekal sotong, memasing taknak makan sekali sebab geli dengan sotong wakaka. Selain tu, tentang pakaian pengantin, hot topic kot since aku ni bujang #rolleyes .
Kalau macam dekat Malaysia kan, terutamanya Melayu, pengantin lelaki biasanya pakai baju Melayu lah kan, dengan sampin, songkok/tengkolok, terompah bagai tapi dieorang tak.
![]() |
Dieorang kalau majlis kawin, pakai macam pakaian India tu, perempuan pakai Sari meanwhile lelaki pakai ala ala baju Punjabi tu. Pastu beria lah kondem orang Melayu Malaysia ni kawin kenapa pakai macam tu, nak hempuk kepala karang bukan orang sini, aku just cakap nilah adat Melayu. Pastu tanya balik adat tu ape, adeh makin panjang pulak benda nak borak diaorang ni "( . Betul lah orang cakap Bangla ni degil, memang degil pun, tak nak terima cakap orang :| engko je betul ek, salah orang kalau nak enko je betul tu :/ .
Lagi satu, dieorang ni kebanyakkan nya kawin atas aturan family tau. Kawin atas dasar bercinta tu tak ramai sangat, kesian kan! Sebab tu kalau kat tempat aku ni, dieorang ni umur 30 tahun lebih tapi isteri umur 18 tahun bai :0 . Paling sedih tu bila aku tengok gambar member member dieorang kawin, pengantin perempuan semuanya jenis muka toye haha, muka kena paksa kawin macam tu haa, macam back to our 60's right "( . Dieorang suka kalau kawin sedara ni, katanya sebab dekat. Lagi satu, lepas pengantin perempuan tu kawin, dia wajib duduk rumah keluarga suami dia, sebab dia kena jaga whole family tu, ish kalau aku, fikir dulu kot "( .
![]() |
Dekat sini aku tengok, ada yang kerja je terus tak cuti langsung dalam sebulan tu, peghh! Ada jugak yang kerja 10 ke 12 jam sehari, haih kalau aku memang kurus la macam tu haha. Tapi at the end of the month, gaji dieorang memang padu lah daripada aku hmm. Aku pulak duk complain asal gaji aku sikit, keje petang ni strict sikit sebab kerani tu cakap dieorang akan kira betul betul ikut time 8 jam tu, unless aku shif pagi masuk 8 pagi sampai 4 petang, biasanya dieorang habis kira semua duit tu dalam 4.30 petang, dah dapat OT setengah jam. Kalau aku habis shif pukul 12 malam, dalam 12.15 habis kira duit semua, 15 minit tu tak dikira ek sebagai OT, tak adil! Banyak lah alasan kerani tu contohnya dah tengahmalam mana ada orang buat OT bla bla bla #sabarajelah . Sebab tu aku jeles dengan orang kerja shif pagi, dieorang dapat buat OT, tapi bukan buat kerja pun, duduk je melepak berborak haih. Ada sorang kakak tu, macam sengaja kira duit lambat lambat, aku tahu lah tak boleh duduk dekat kaunter tapi jangan lah amik kesempatan macam tu haih. Aku banyak je perasan perangai pekerja shif pagi ni tapi aku diam je sebab aku takde member nak back up. Dieorang pun macam tak puas hati je dengan aku sebab ape entah, nasib betul hidup ni. Aku memang dari dulu lagi malas nak campur hal orang tapi sejak aku kerja sini orang berminat sangat nak campur dalam hidup aku, hidup korang tak best ke acane sampaikan hidup aku pun korang nak campur haha #deepinsideout .
Bos aku bagi bebudak Bangla ni cuti balik kampung paling lama 5 bulan. Ada yang tak pernah balik kampung dah 8 tahun weh. Enkorang bayangkan, cari rezeki punya pasal sampaikan tak dapat nak tengok anak membesar depan mata #sadstory . Dieorang ni suka video call isteri masing masing guna apps Emo ape ntah, macam whatsapps jugak function dia. Aku selalu jugak menempel dekat tepi kalau dieorang tengah VC ke ape haha, cuma masalah bahasa lah sikit, nak cakap bahasa dieorang aku tahu sikit sikit je itupun nasib baik dieorang nak ajar aku haha.
Gaji berapa sbln?
ReplyDeletegaji basic 1200 awakk, campur elaun dapat laa 1400 tapi dah tolak socso perkeso semua dapat la gaji basic je huhu, kalau bulan tu ade public holiday dapat la merasa gaji lebih sikit ")
Deletemasa iv dia tnya apa je
ReplyDeletemcm sy dulu bos tanya boleh tahan maki tak haha sebab stesen minyak sy keje ni dekat area lebuhraya, majority customer kalau dh naik highway kan demand "D pastu sanggup ke tak keje waktu shif mcm ni, boleh keje masa weekend tak ")
DeleteKalau isi minyak guna kad kredit tu camne yer
ReplyDeleteAde orang ajar tak camne nak jadi cashier
ReplyDeleteetika pakaian dia camna eh, kasut kulit / canvas hitam ke?
ReplyDeletekerja berapa jam sehari dan ada berapa syif ?
ReplyDelete