Norma baharu #COVID19
Assalamualaikum w.b.t..... Pe kabo sedager sedager, semoga baik baik belaka hendaknye yer haha. Intro dah mcm buat surat kiriman rasmi je ek :P . Selfie version 2020 upwards "/ Seperti yang korang sedia maklum, sekarang ni dunia tengah tenat. Dunia sedang dilanda wabak Coronavirus yang bermula di Wuhan, China, then it spread happily too all over the world termasuklah negara aku, Malaysia. Kenapa aku cakap tenat, disebabkan satu virus habis semua terjejas baik dari segi kesihatan, ekonomi mahupun sosial. Aku malas nak terangkan pasal wabak Coronavirus tu so korang boleh baca dekat link dibawah ye ") https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19_di_Malaysia Apa yang Kerajaan Malaysia buat semasa wabak ni menyerang negara kita? Kerajaan telah mengambil langkah drastik semasa Fasa Pertama wabak Coronavirus ini menyerang dengan menutup semua pintu sempadan negara dan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa tu aku baru je dua hari bekerja dengan seb...

