Hello JDT ")
Assalamualaikum !
Pe kabo ") . Rasa macam dah lama tak menulis, rindu nak mencoret coret dekat sini ") . Pada entry kalini, aku nak ceritakan dekat korang pengalaman aku bercuti ke negeri Johor Darul Takzim ataupun well known as JDT "D . Negeri ni terletak di selatan semenanjung Malaysia. Bagi aku yang duduk dekat belah Timur ni, amik masa jugak lah nak sampai haha.
![]() |
| Perempuan kalau berjalan bawak baju ke bawak almari ek |
Masuk bulan Ogos ni, genap setahun aku bekerja #panjangjodoh . Dalam masa setahun tu, aku jarang dapat spent time well dengan CikJak CikJah. Kerja shif macam ni memang kena rancang cuti betul betul, kalau tak masa offday tu dibazirkan dengan membuta je #rolleyes . Aku mohon cuti awal awal dulu sebab aku tahu kalau mintak cuti last minute macam tu kompem kena sound #huhu .
Aku mintak cuti empat hari since sehari awal tu CikJak ajak bermalam dekat kampung dia dulu, Melaka. Sebelum sampai Melaka, kiteorang singgah Kuala Lumpur dulu. CikJak nak belanja aku laptop "P #alhamdulillah . Laptop lama aku memang dah tak boleh nak diselamatkan lagi, lepas buat Research haritu terus koma. Aku pulak memang memerlukan laptop sebab nak cari kerja kan lebih formal kalau guna komputer, takde lah nanti orang tengok aku sent email using phone pulak haha #blessed .
![]() |
| Suke ek dapat jalan #rolleyes |
Dah siap beli tu, kiteorang terus gelak balik Melaka. Perjalanan tu amik masa dalam sejam lebih je sebab masa kiteorang gerak tu bukan dalam peak hour lagi. Aku suka balik kampung CikJak ni sebab terasa rasa angin laut tu, makanan dia toksah cakap lah, asam pedas is a must okay ") .
![]() |
| Putu piring paklang Din is a must kalau dah balik kampung ni #blessed |
Besok tu kiteorang gerak ke Johor Bahru (JB) #journeybegun . Secara jujurnya, dekat entry kalini aku rasa paling kurang gambar yang akan di upload sebab most of the time aku memandu #sobsobs . Kiteorang gerak ikut jalan kampung sebab CikJah nak tengok daerah daerah dekat negeri Johor ni dengan lebih dekat lagi. Dari kampung CikJak nak sampai ke Johor Bahru tu, kiteorang kena lalu hampir kesemua daerah di negeri Johor ni haha. Jalanraya dekat sini boleh dikatanya takde jalan rosak langsung "0 . Kiteorang sampai JB lewat petang sebab aku memandu dalam keadaan santai sangat haha. Aku dah book hotel awal awal dah sebab senang, sampai je terus kiok "D .
Lepas check in, kiteorang rehat jap sementara menanti malam. CikJak paling nikmat sekali kot sebab lega dapat lurus kan kaki, CikJah pulak dapat bantal terus la berkrohh haha. Ini kali kedua aku datang ke Johor Bahru. Perkara yang paling aku kagum tentang bandaraya ni ialah ianya terletak betul betul dekat dengan Singapura "0 . Kalau lah aku ada passport, dah lama aku check in sana #rolleyes . Tapi takpe, bila aku dah dapat kerja tetap nanti Singapore aku datang #rolleyes #ramairamaiameen .
Malam tu CikJak tak larat nak keluar so aku dengan CikJah ajelah keluar pergi beli makanan. Selepas bungkus makanan tu, aku meronda kejap bandaraya JB ni. Ingatkan nak amik angin dekat selat Tebrau tu, tapi CikJah nampak macam penat sangat je so balik ajelah sambil pujuk diri malam esok ada lagi ") .
![]() |
| Terlalu dekat area Istana Bukit Serene tu, mak aih lawanya crown Negeri Johor ni "0 |
Esok tu, lewat pagi kiteorang memulakan aktiviti. CikJah teringin nak makan mee udang dekat Tanjung Piai, viral katanya haha. Silap aku sepanjang bercuti ni aku tak buat preparation tempat makan mana nak pergi #careless . Agak kelam kabut jugak lah nak mencari tempat makan ni sebab bagi aku kalau datang sini tapi makan kedai biasa je buat ape kan, Temerloh pun hader haha. Tapi tulah dalam mencari tu berapa kali sesat haha. Sepanjang kiteorang dekat sana, memang Waze tu dah jadi kawan karib aku ler, tapi masalahnya kadang kadang Waze ni gila sikit. Aku ni dahlah tak pandai sangat nak guna Waze ni, kena kencing macam tu je haha. Nak diceritakannya, masa nak cari mee udang dekat Tanjung Piai tu, kiteorang boleh tersilap jalan! Waze bawak kiteorang guna 'offroad' "| . Aku malas nak patah balik sebab ingatkan 'offroad' tu dekat je tapi nak dekat 10 km jugak lah #cryinsideout . CikJah dah bising bising dah while CikJak diam je, mungkin takut kot sebab kiri kanan ladang kelapa sawit je, aku memang dah lock pintu siap siap :( .
![]() |
| Dalam sesat tu terjumpa pulak kawasan nelayan ni sumpah view dia lawa gila, sesuai dengan gelaran tempat ni, Tanjung Dawai penghujung benua Asia ") #proudmalaysian |
Lepas je keluar dari tempat tu, CikJah terus hilang selera nak makan mee udang "D . Dekat JB tu banyak je kedai mee udang tapi disebabkan nak sangat makan yang original, mendapatlah #pengalamanpahit . Lepas makan tengahari dekat kedai berhampiran, kiteorang singgah beli durian dekat tepi jalan. Kebetulan dekat Johor baru nak bermula musim raja buah tu. CikJak pulak memang nak merasa durian Johor so tersinggah lah haha. Masa tu mood CikJak tak berapa elok sangat sebab masih bengang dengan kejadian 'offroad' tadi. Nasib kiteorang bertambah tak baik sebab terkena dengan seller durian ni #hareyy . Orang taknak beli lagi tapi dia dah siap kupas bagai #doublemangkok . Aku tak puas hati sebab durian dia tak sedap, mahal pulak tu! So aku singgah dekat seller lain dan barulah merasa durian Johor sebenar. Pengajaran dia, korang kena tengok dulu kedai tu sebelum berhenti okay #tipskakkin .
Sebelum nak balik hotel kiteorang singgah dekat rumah pakcik aku ni. Masa sepupu aku kawin dekat sini dulu family aku semua pernah datang sini, aku je tertinggal sebab masa tu aku ada program dekat Universiti. Isteri pakcik aku ni baik sangat siap berhidang nasi untuk kiteorang #asampedasjohorisamust . Kiteorang duduk situ tak lama sebab masing masing dah penat sesat punya pasal haha, sampai je hotel lepas bersihkan diri semua rebah "D .
![]() |
| Hotel kiteorang dekat dengan stadium ni rupanya haha Sebelum sampai hotel tu terlalu sini, jadi tersinggah ajelah "P |
CikJah dengan CikJak nampak agak penat malam tu, so aku ingatkan nak keluar sorang sebab dah malam terakhir dekat sini nanti entah bila boleh dapat datang lagi "( . Tapi biasalah, CikJak risau aku keluar sorang sorang #protectivefather #adaabangkanbest . Jadi, CikJah la kena temankan aku keluar.
Malam tu kiteorang keluar makan dekat kedai area Stulang Laut, kedai makan hasil carian last minute Google yer haha. Orang kata kalau makan dekat sini boleh nampak negara sebelah tu, Singapura. Bagi aku yang belum pernah ke sana dapat tengok lampu negara orang pun jadik la haha #sadlife . Dekat kedai makan ni ramai pulak pelanggan dia, mungkin sebab orang Singapura mai lepak makan sini agaknya. Aku ade dengar khabar khabar angin mengatakan orang sana suka datang Malaysia ni, especially JB ni. Patutlah bandaraya ni mewah, pelancong selalu datang ") . Masa duduk makan dekat situ, aku boleh nampak jelas tambak Johor penuh dengan lampu merah, aku ingatkan ape benda lah rupa rupanya orang Malaysia yang kerja sana nak balik sini, sesak tu macam nak balik raya je haha. Bertabahlah anda anda yer, gaji Dollar tu "P .
Bazaar Karat ni antara tempat yang korang patut pergi kalau datang JB ni tau! Bagi aku konsep dia macam uptown sikit. Kebetulan aku pergi ni malam minggu untuk warga Johor so agak padat lah. Benda paling malas nak hadap kalau time orang ramai macam ni, cari parking boleh sakit hati tau haha tapi nasib baik lah dah baca doa sebelum keluar tadi so dapat lah parking dekat haha #tipskakkin . Kiteorang meronda sekejap je sebab aku tengok CikJah macam dah takde tenaga je, ala shian. Sebelum nak balik hotel tu aku meronda bandaraya ni kejap, tanpa Waze yer sebab dah bosan kalau sesat je kena pusing jauh #huhuhu . Masa ni lah boleh pulak terjumpa tempat latihan bola sepak team JDT ni, gempak habis weh!
Esok tu dah last day kiteorang dekat JB ni, sekejap je masa berlalu. Lepas breakfast kiteorang terus check out keluar #kakkinsaybyebyeJB . Aku ajak CikJak singgah Johor Premium Outlet (JPO) sekejap sebab aku teringin nak tengok tempat tu, adakah sama dengan GPO? Generally bagi aku konsep dia sama cuma aku biasa pergi GPO tu sejuk meanwhile dekat sini panas sikit haha.
![]() |
| Ada air terjun sama macam GPO ") |
![]() |
| Dah cuaca panas panas macam ni buat apa cari air "P Godiva kesaiyanganku haha |
Dah selesai cuci mata dekat JPO, CikJak ajak singgah Yong Peng sekejap. Katanya barang barang hiasan rumah murah dekat situ. Dulu tempat ni tak teratur, tapi dengan inisiatif kerajaan dahulu, dieorang buatkan satu tapak khas untuk peniaga peniaga ni berkumpul berniaga, baru lah nampak kemas sikit. Tapi masa aku datang tu, ada peniaga ni merungut sebab tempat ni agak tersorok dan perniagaan dieorang agak slow berbanding tempat lama yang mudah orang singgah.
Hampir sejam jugak lah kiteorang habiskan masa dekat situ, sampai penuh bonet kereta haha. Lepastu baru lah kiteorang gerak balik Temerloh, guna highway yer. Kalau ikut jalan kampung, aku boleh cut masa dalam dua jam macam tu sebab dekat sikit tak payah lalu jauh tapi disebabkan aku ratu langgar lubang, maka kita guna ajelah jalan berbayar ni #rolleyes . CikJak CikJah tidur je sepanjang perjalanan, aku je menahan sejuk sebab most of the time hujan. Banyak kali jugak lah berhenti dekat RnR ni sebab CikJah tak tahan nak buang air, sementara tu aku dapat meluruskan kaki huhu. Kena merentas empat negeri kot baru lah jumpa home sweet home!
Highlight aku untuk entry kalini ialah aku nak bagi tips dekat korang kalau nak jalan jalan dengan orang tua ni:
1. Sabar
Paling penting kau kena buat ialah sabar! Kalau dekat situasi aku ni, mood dieorang ni mudah sangat swing tau terutamanya CikJak. Kalau dari awal mood dia tak betul, sampai ke sudah tak betul nya haha. Korang kena layan je dengan perangai orang tua ni okay sebab kalau dieorang boleh sabar dengan karenah kita masa kecik kecik dulu mengapa sekarang kita tak boleh sabar pulak ")
2. Pilih tempat yang sesuai untuk dilawati
Benda ni penting okay walaupun nampak macam remeh. Korang jangan nak penting kan diri sangat macam tempat yang korang boleh pergi dengan member jangan nak babitkan ibu bapa sekali. Korang lebih kenal ibu bapa masing masing ")
3. Rehat sekejap
Kudrat dieorang ni tak seberapa sangat diusia begini, tapi semangat nak berjalan tu tak pernah pudar okay haha. Tak salah pun kalau nak berhenti berehat sekejap, disamping dieorang berehat enko pun boleh join sekali ") . Macam CikJak ni, dia tak boleh tak cukup rehat, kalau tak semua benda nak hangin, eh sebijik perangai aku haha #rolleyes .
4. Bertolak ansur
Berjalan dengan orang tua ni, kita memang kena banyak mengalah, jangan tahu nak angin jek "0 . Ada je orang tua yang jenis mengikut je kata anak anak, takut nanti kalau tak ikut ditinggalkan pulak. Dieorang pun juga tempat yang ingin dilawati contohnya dan kita sebagai anak ni layankan aje okay ") . Jangan sesekali berkira dengan mak ayah, ingat tu!
Apa yang aku ceritakan ini adalah sebahagian daripada pengalaman aku, yang baik ambil dan yang buruk dijadikan tauladan okay ")
So aku berhenti menulis dulu tau sebab nampak macam dah panjang sangat je ni "D
Jumpa next entry okay ")










Comments
Post a Comment