My first business venture, Kakkin Closet :)

Assalamualaikum, pe kabo ")

Dah masuk bulan April tahun 2020 pun haa tapi aku masih belum update apa-apa entry baru untuk tahun ni #adeh , biase la bila perasaan malas tu melebihi perasaan rajin #justkidding . Aku sebenarnya agak busy dengan life baru aku ni, eh jap bukan life berumahtangga ye #cepukkarang . Life yang aku maksudkan itu adalah life sebagai seorang entrepeneur, acececece nama kemain, cuba selami sikit isi hati ni mahu berpulas perut kot haha.





Macam mana aku boleh memasuki alam entrepenuer ni? Segalanya bermula setelah aku amik keputusan drastik berhenti keje pada awal bulan Julai tahun lalu disebabkan keadaan kesihatan CikJah yang tak semakin baik "( . Keadaan dia yang membuatkan aku tak sedap hati jugak sebenarnya nak biarkan dia sorang buat kerja rumah, CikJak pulak takdelah sihat mana tapi setakat menguruskan diri dia seorang tu bolehlah. Selain daripada tu, aku pun ade masalah sikit dengan work enviroment dekat tempat keje aku tu tapi biarlah masalah tu aku simpan sendiri #nobawangokay . 

Almost one month lebih aku menggangur, then one day tu aku terfikir yang wang simpanan aku ni takde lah tebal mane tapi kalau nak survive for 3 months upward mungkin boleh lagi tapi selepas tu, macam mana "( . Tipu lah dalam masa sebulan tu aku tak mohon mana-mana kerja, berpuluh wei tapi tulah Allah bagi hint suruh aku jaga CikJah dulu agaknya, rezeki kerja kemudian :) #positive .


Bukti aku mohon kerja ye,
banyak sekali gus,
bukan tamak tapi lebih baik mohon semua daripada menunggu satu je kan ")

Open Interview pun aku pergi, tengok laa giliran aku nombor berapa "D
kalau tak silap maseni lebih daripada 200 orang yang datang Interview kot phuh
Demi satu jawatan emm 

Ade kawan mak aku ni suggest cuba buat bisnes online dulu, masa pun flexible income pun masuk. Aku pun terfikir jugak, duduk rumah tapi boleh menjana income, sound interesting haha. Kawan-kawan mak aku pun cakap anak dieorang yang berniaga online ni sampai tak terhandle order #fuyyoh . Start dari situ aku pun cuba mencari cara macam mana nak mula berniaga online ni. Orang kata nak memulakan sesuatu perkara tu kita kena ada guru dan aku dapatlah guru pertama yang bernama Mr D. Dia ajar aku perkara basic tentang bisnes ") . Perkara basic pun RM200 jugak melayang sebagai upah dia haha tapi takpelah ilmu kan ") . 

Mr D ajar aku untuk gunakan platform media sosial sebaiknya dan dari situlah page Kakkin Closet lahir hahaha tanggal 27 Ogos 2019. Nama page ni tercetus sebab masa study dulu member member panggil aku Kakkin dan Closet tu pulak mewakili almari pakaian, itu je, haha so simple "D .


Logo mula-mula create page dulu haha
Background gambar baju preloved, kau hader "D


Mr D terangkan pada aku dalam bisnes ni pun kategori-kategorinya. Meh aku terangkan kat korang secara general yerp ") :  

1. Stokis

Nak jadi stokis ni kena ada modal sekurang-kurangnya RM5k sebab dieorang ni adalah wakil daripada HQ. Stokis wajib mengrekrut agen dan dropship dengan ilmu-ilmu marketing. Margin juga adalah tinggi kerana mereka perlu berkongsi dengan agen dan dropship dieorang. Biasanya HQ ada memberikan reward bergantung kepada produk masing-masing. 


2. Agen

Modal agen pula biasanya cukup dapat membeli 1 dozen produk yang bergantung kepada nilainya. Agen perlu menyimpan stok dan membuat postage. Mereka boleh merekrut dropship dan margin yang diperolehi juga agak sederhana, sekitar 30% sahaja. 


3. Dropship

Daripada agen lahirlah dropship haha. Modal dropship biasanya dalam bentuk pembayaran pendaftaran sahaja. Istimewanya dropship ni, mereka tidak perlu memegang stok barang dan tidak melakukan postage. Mereka hanya perlu mempromosikan barang kepada customer sahaja. Segala proses pos akan dibuat oleh agen. Margin yg diterima pula adalah rendah, sekitar 10% ke 20% sahaja. Kelemahan menjadi dropship ni, kita kena selalu keep in touch dengan agen sebab kita tak pegang stok barang, kalau dapat agen yang lambat respons, masak lah kita nak menjawab dengan customer huhu.

Mr D nasihatkan aku untuk bermula sebagai dropship, zero modal tapi still dapat income. First step yang aku kena buat ialah mencari produk untuk dijual. Produk pertama yang aku jual adalah tshirt Hari Sukan Negara. Pada mulanya bisnes aku agak 'slow' mungkin sebab tak ramai yang berminat nak beli, pastu aku ubah sikit strategi alhamdulillah ade lah rezeki walaupun sikit ") .


Aku dah delete post baju sukan ni
sebab dah tak jual kan tapi aku simpan lagi la conversation customer-customer yang beli dengan aku haritu,
contohnye ye haha
Macam-macam ragam "P


Aku agak frust pada mulanya sebab Mr D janji dengan menggunakan marketing dia boleh dapat income ribu riban, tapi ianya tak semudah yang disangka ye #fliptudung . Inilah asam garam orang berbisnes, kita kena usaha dan percaya kepada rezeki yang Allah akan beri, last sekali barulah tawakal ") . 

Lepas 'frust' tu, aku pun cari produk lain, alhamdulillah aku kekal jual produk tu sampai sekarang "D . Nama brand yang aku jual ni adalah Sabella #tanpagosok . Produknya adalah baju #tanpagosok yang memudahkan ibu-ibu bekerjaya masa kini dengan menjimatkan masa sangat sebab tak perlu gosok pun! Masa aku mula-mula join dulu, brand Sabella ni tak famous lagi tapi sebab marketing power founder aku alhamdulillah 1 Malaysia kenal #chingching . Menurut sumber yang dipercayai, founder aku ni merupakan sepasang suami isteri yang mempunyai sebuah kedai jahit, berbekalkan kelas marketing power daripada Dr Azizan mereka berjaya sampai ke tahap ini #congrateboss . 

Team Sabella terbahagi kepada empat orang leader. Leader aku, Puan Aaamie Mokhtar ataupun kami gelarkan sebagai Ummi adalah seorang suri rumah je! Ummi tak lokek dengan ilmu bisnes bahkan banyak bagi tips buat kami para dropshiper ni #teamfieramy. Berbekalkan tips yg Ummi bagi, aku pernah dapat sales sebulan sebanyak RM8k #phuh , masa tu bangga gile haha #alhamdulillah . Aku rase dalam group ni, aku sorang je kot yang bujang sebab yang lain rata-ratanya adalah suri rumah yang masih mempunyai anak kecil. Ada sorang akak daripada team aku ni mampu buat sales sampai RM20k sebulan, konsisten ye #reciks , tercabar pulak rase haha. Ade jugak kawan dropship yang bekerja, contohnya cikgu sekolah, senang-senang je dapat sales puluh ribu sebulan #phuh .

Facebook page rasmi Sabella HQ ")


Antara baju-baju yang dijual dalam brand Sabella ni ")
Jemput tengok dekat Ig atau Facebook page bisnes aku tau,
sebab tak semua design ni kekal, once SOLD OUT memang tak keluar dh design tu #exclusive 


Saje nak lebih income, aku pun menambah dua brand lagi iaitu AwanaZStyle X Soffiza dengan Ayanna Collection. Untuk brand AwanaZStyle ni mereka menjual baju muslimah sukan yang sememangnya sesuai untuk korang yang aktif dalam bersukan tu. Dah boring dengan baju lama meh la beli baju dekat sini hehe. Material kain jenis cotton ringan bukan kain jersi ye sangat menyenangkan sipemakai. Baju muslimah sukan ni selalu sold out sebab relase haritu masa kebanyakkan sekolah tengah menyambut Hari Sukan.

Facebook page rasmi AwanaZStyle ")


Untuk Soffiza pulak, mereka menjual berbagai jenis baju kurung moden, sesuai untuk korang pakai ke pergi pejabat mahupun kenduri. Design dan warna-warnanya juga menarik sebab tu cepat sold out! Material kain yang best sesuai dengan harga tau ") .


Facebook page rasmi Soffiza ")

Antara contoh design baju kurung moden dieorang ")
Boleh usha dekat Ig atau Facebook page bisnes aku okay 


Untuk Ayanna Collection pulak, mereka menjual baju-baju kurung moden ataupun biasa, jubah dan juga blouse. Cuma buat masa sekarang ni, dieorang nak aku fokuskan untuk jualan Baju Raya 2020 khusus untuk satu keluarga. Untuk baju kurung, banyak design lace yang dikeluarkan dan ada juga dijual Kurta dan Baju Melayu special ayah dan anak ") .


Facebook page rasmi dieorang ")

Antara design-design baju raya 2020 dieorang,
latest design biasanya aku update dekat Facebook page sebab dekat Ig ni leceh sikit,
banyak post sikit dh kena block aih, lepastu kena tunggu 24jam baru boleh post balik :\


Alhamdulillah aku happy dengan bisnes yang aku buat sekarang. Untuk perancangan jangka panjang, aku memang ada cita-cita nak jadi founder kepada brand aku sendiri, InshaAllah doakan yer #ramairamaiamin .


Sekarang ni, negara kita telah dilanda wabak COVID-19, aku tak jangka sebenarnya perkara ini boleh cepat tersebar pada negara kita. Kilang-kilang mahupun agensi kerajaan kini tidak dapat lagi beroperasi kerana menurut Perintah Kawalan Pergerakan kerajaan supaya duduk dirumah #stayathome . Dah melebihi 14 hari duduk dirumah dan sepatutnya harini dah berakhir tempoh PKP tapi disebabkan sikap manusia yang mengambil lewa, tempoh ini telah dilanjutkan 14 hari lagi "( . Kita nak putuskan rangkaian korang nak sambung haih. Apa-apa pun semoga wabak ini cepat berakhir kerana ianya sangat menjejaskan peniaga kecil seperti aku ni "(



Disebabkan itu, aku kena selalu update group Telegram brand-brand ni,
banyak baju tak dapat nak buat penghantaran sebab kilang tutup kan #siscry
Certain design sahaja dapat dipos, yang lain kena tunggu habis waktu PKP baru boleh start postage semula

Akhir kata, jemput Likes dengan Follow media sosial bisnes aku ni tau. Jumpa next entry okay ")


https://www.instagram.com/kakkincloset/

https://www.facebook.com/kakkinapparel/

Comments

Popular Posts