Norma baharu #COVID19

 Assalamualaikum w.b.t.....

Pe kabo sedager sedager, semoga baik baik belaka hendaknye yer haha. Intro dah mcm buat surat kiriman rasmi je ek :P . 


Selfie version 2020 upwards "/
 

Seperti yang korang sedia maklum, sekarang ni dunia tengah tenat. Dunia sedang dilanda wabak Coronavirus yang bermula di Wuhan, China, then it spread happily too all over the world termasuklah negara aku, Malaysia. Kenapa aku cakap tenat, disebabkan satu virus habis semua terjejas baik dari segi kesihatan, ekonomi mahupun sosial. 

Aku malas nak terangkan pasal wabak Coronavirus tu so korang boleh baca dekat link dibawah ye ")

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pandemik_COVID-19_di_Malaysia

Apa yang Kerajaan Malaysia buat semasa wabak ni menyerang negara kita? Kerajaan telah mengambil langkah drastik semasa Fasa Pertama wabak Coronavirus ini menyerang dengan menutup semua pintu sempadan negara dan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Masa tu aku baru je dua hari bekerja dengan sebuah Audit Firm ni dan tak sangka pulak setakat tu je memori aku tercipta disitu haha #kenabuangsecaraterhormat . Virus ni mula menular di Malaysia dimana para pelancong dari Negara China dari Singapura telah masuk ke Johor dan sesetengah daripada mereka telah dijangkiti virus berkenaan tanpa mereka sedari. Kemudiannya kes ini semakin meningkat disebabkan perhimpunan Jemaah Tabligh di Sri Petaling yang melibatkan pelbagai orang datang dari pelbagai negara #Allahu .  Aku ingat lagi masa ni ramai orang kecam kluster Jemaah Tabligh sebab kenapa nak berkumpul bagai tapi akhirnya kluster ini yang dirindui sebab perangai dieorang yang sangat memberi kerjasama berbanding kluster-kluster lain #klusterkayangan .  



Office 2 hari dalam kenangan "(
Aku suka kerja dekat sini sebab waktu office hour plus keje senang je kena call org tapi tulah takde rezeki nak kerja sini #resignsendirijer



Sumber Google ")
Kiteorang kalau nak keluar rumah kena seorang diri je, tidak dibenarkan berdua dan kalau nak merentas negeri sebab bekerja ke ape kena tunjuk surat macam kakak tu, pheww ketat giler "( 



Sumber Google ")
Kluster Jemaah Tabligh 

Kerajaan terus mengarahkan Polis dan Tentera bekerjasama mengekang wabak ini daripada berleluasa. Masa tu sekatan keluar masuk negeri juga telah ditutup dan MKN juga telah menetapkan bahawa hanya seorang sahaja isi rumah yang dibenarkan keluar membeli barang keperluan harian. Aku ingat lagi lepas balik beli barang tu aku terus mandi sebab takut wei kalau terbawak balik virus ke :/ . Virus ni senang dijangkiti umur berusia mahupun kanak-kanak dan berpenyakit kronik. Kita hanya boleh tahu kita dijangkiti ke tidak dalam masa 14 hari tau dengan adanya simptom seperti batuk, sesak nafas, demam mahupun selesema. Korang bayangkan kalau dalam tempoh masa tu korang sentuh sana sini, kan senang merebak!!


Tak boleh bersesak sesak dalam pasaraya, kena masuk bergilir-gilir dan beratur jarak 1 meter, berkicap jugaklah beratur dekat luar pepanas nih #newnorms


Aku ikut arahan ek "P 


Premis-premis makanan mahupun pejabat-pejabat Kerajaan mahupun Swasta diarahkan tutup oleh Kerajaan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul. Rakyat dikerah untuk bekerja dari rumah dan tidak digalakkan keluar kecuali jika ada hal hal penting sahaja. Kalau dekat Temerloh ni, selepas jam 6 petang je dah macam pekan Koboi, semua benda tutup "( . Kebanyakkan barang basah dekat pasaraya hampir tiada ek disebabkan semua orang memasak haha #rotigardeniahabis . Masa tulah jugak macam-macam resepi keluar dan berat pun makin menaik #PKPgrowthuswell. 


Tak tahu pulak aku ade bakat memasak sebenarnye muhahaaha
Thankyou PKP made me mastarr chef "P 
#beruntungbakalsuamiek 

I can make cakes too see "P 
#gengMAHN 


PKP buat apa? 
Mengemas rumah lah takde lah bosan sangat haha. 
Aku susun balik semua baju kerja CikJak ikut warna hehe gigih kan #rolleyes


Nasib baik ade engkau nihaaa takde lah bengkak sangat jari jemari Salehh sis ni menyapu seluruh rumah :P 


Next almari barang CikJah, dah lama teringin nak kemas maka dengan hadirnya PKP aku berjaya mengemas ikut kesenangan nak capai haha "(
I'm not perfectionist ler, cuma aku suka semua benda teratur haaa sedap mata memandang gittew :)


PKP ni dilanjutkan sehingga bulan Syawal, maka merendang berketupat dalam #newnorms ler kite.
First time dapat sambut Hari Raya dekat rumah sendiri #yehuu 


CikJak kemain mencuba resepi group Whatsapps die buat lemang guna tin, tapi tin takde guna cawan plastik pun jadikk ye walaupun gemuk sikit atas tu haha
Jadilah mood Raya PKP kan! 



CikJah & adik beradik pempuan die ")
3/7 
**disclaimer gambar Hari Raya Aidiladha sis termasuk sekali ahhh lantak lah malas delete "P


PKP Fasa 1 ni berlanjutan sehingga 3 bulan dan Alhamdulillah dengan kerjasama daripada semua pihak wabak itu telah berjaya kita tangani #kitamestimenang #kitajagakita . Kita ibaratnya sudah hampir menang disebabkan purata kes sehingga dua angka je sehari. PKP juga telah digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimana semua sektor pekerjaan telah dibuka tetapi haruslah mengamalkan SOP yang ketat ") #newnorms . Siapa yang pulang daripada luar negara juga perlu dikuarintin wajib 14 hari. 

Alhamdulillah sepanjang tempoh masa PKP tu, ada lah jugak dapat sumbangan daripada pihak-pihak yang berkenaan #sahamakhirat 


Sumber Google ")
Mcm tulah kalau sekatan dikenakan, pihak berkuasa letak kawad berduri supaya orang ramai tidak keluar kawasan sebab takut kan lagi teruk merebak ") 

Namun sejak seminggu dua ni kes Coronavirus tu semakin menaik pulak. Ianya bermula dengan kedatangan PATI ke perairan negeri Sabah dan kemudiannya direbakkan oleh mereka yang telah pergi ke sana. Pada masa kini setiap hari Sabah mencatatkan rekod tertinggi dan hampir kesemua daerah di Sabah berada dalam zon Merah #prayforSabah .  Di daerah Selangor mahupun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada dalam keadaan zon Merah #prayforthem . 

Bagi aku Fasa kedua ni agak parah disebabkan keadaan politik semasa yang agak kucar kacir. Kebanyakkan mereka merasakan diri mereka betul sedangkan kami rakyat ni tersepit #muakdenganpolitikusMalaysia . Semoga kita sama sama dapat putuskan rangkaian wabak Coronavirus ni dan ketepikan ideologi politikus ini buat sementara #kitamestimenang . 



Sumber telegram MKN ") 
Cecah ribu geng, tolonglah kita sama sama putuskan rangkaian ni "(

Macam terpanjang pulak menulis kalini ha haha, jumpa next entry okay ") . Semoga wabak ini cepat berakhir sebab aku dah rimas nak pakai mask hari-hari #siscry "/ 


New norms ") yang rimas  


**kalau rajin next entry aku cerita pengalaman kerja baru aku haha berapa kali kerja daaa "P 

Comments

Popular Posts