Ade ape dekat PPPTR ni ?
Assalamualaikum !
Pe kabo "D . Aku kan tengah menjalani latihan industri dekat FGVPH Wilayah Temerloh ni, jadi semalam aku berpeluang mengikut HR Department pergi melawat ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Jerantut Pahang. Mak aku, CikJah pernah keje dekat sini masa dia muda muda dulu. Sini dengan rumah arwah Aki aku dulu tak jauh mana, dalam sejam je kalau naik kereta. Tapi zaman dulu mana mak aku mampu nak pakai kereta, so mak aku dengan kengkawan dia mai dengan van datang keje dekat sini dulu. Seronok CikJah bercerita masa dia keje dulu, bujang katakan :P
Aku memang first time datang sini. Tengok nama macam gah je dan secara peribadinya bagi aku nama tu sesuai dengan persekitarannya. Masuk je sini, aku suka dengan konsep kehijauan dia, tenang semacam. Kereta tak banyak lalu lalang and mostly ada lah lori lalu sebab dieorang nak amik barang etc. Rasa macam masuk kawasan Felda pun ada :D cuma takde rumah banyak sangat masa aku masuk tu. Mungkin ada lah kot penduduk nya memandangkan ada sekolah dekat sini tapi disebabkan aku ni menuju ke pejabat dia maka tidak terlihat lah rumah penduduk penduduk ni huhu.
Tujuan kiteorang datang sini sebab pejabat syarikat aku bekerja ni nak buat majlis. So kiteorang tengah survey tempat lah ceritanya. Dieorang ada beberapa bilik mesyuarat yang bagi aku sesuai untuk orang luar bermesyuarat dengan tenang #orangbandar . Aku dengar kalau tengah musim buah, dieorang ada buat program petik buah buahan sendiri. Bagi korang yang takde dusun buah tu, pakat pakat lah mai datang sini :) . Program tu bermula pada bulan Julai tahun ni. Aku tak dapat nak explain lebih pasal program tu since aku datang sini sebab agenda lain hehe tapi kalau korang nak datang sini, aku recommend sesangat okay. Selain daripada aktiviti memetik buah buahan tu, korang dapat rasa experience duduk dalam nature :)
Sebelum balik, aku singgah dekat satu kedai buah buahan dalam ni, minum air kelapa secawan dulu, okay air ni kena beli tau :)
See you guys in the next entry okay ")



Comments
Post a Comment