First Entry Ever !
Assalamualaikum!
Aku rasa ni kali pertama aku menulis dekat sini haha. Pe kabo ") Blog ni dah lama aku buat, kalau tak silap aku September 2010, pastu aku baru teringat nk update sekarang #busysungguh .
Aku memang kalau benda tu tak penting or tak menarik minat aku, memang sorrylah weh, aku takkan ingat haha. Unless benda tu berkenan nau dekat hati ni haa confirm aku ingat sejibik sejibik #womanproblem #contohnyayou .
Memandangkan ini entry aku yang pertama, aku pun malas lah nk menulis panjang panjang haha. Aku still tengah mencari bahan nak menulis lagi, so aku just kenalkan diri ajelah ek. Nama aku Nor asyikin, boleh panggil aku Syikin ataupun nama nama yang sedap aku dengar ek :/ .
![]() |
| Hello ") |
Aku ni anak CikJak dengan CikJah dan aku takde adik beradik. Aku asal Malaysia, duduk dekat negeri Pahang daerah Temerloh dan aku seorang Muslimah :) Currently aku tengah study dekat salah sebuah Uni awam dekat Negeri Sembilan. Dalam blog ni aku akan bahasakan diri aku ni as 'aku' supaya korang takdelah geli sangat nak baca haha . Aku lahir 6 Ogos 1994 dan hobi aku sekarang ni selain menghabiskan kuota melayan Instagram, aku suka membaca :) . Kelemahan aku ni, aku cepat baran dengan benda yang aku tak suka #tolongaware tapi aku senang sejuk. Aku cepat simpati dengan orang tau, kalau mood aku nak bersimpati lah haha. Ada orang cakap aku pendiam, hmm mungkin aku pendiam pada orang yang tak pandai nak borak dengan aku kot haha. Cuba kalau kenal, haih daripada satu topik ke topik yang lain aku goreng :P . Aku ada impian aku sendiri which was nak jadi businesswoman yang berjaya #amin . Selain tu, impian aku yang lain, aku nak sangat membahagiakan CikJak CikJah sampailah aku tutup mata.
Dah lah kot intronye, macam terpanjang pulak haha. Nak kenal aku lebih dekat meh ajelah follow aku dekat media sosial ni huhu. Aku tak janji nak update selalu blog tapi kalau dekat sini memang aku rajin update apa benda yang aku selalu buat huhu.
![]() |
| Instagram ") |
![]() |
| Twitter ") |
So, I end my blog here. See you guys in the next entry, tatatata






Comments
Post a Comment