Townhall Check !
Assalamualaikum!
Pe kabo ") . Harini aku baru ada masa sikit nak menulis, almaklumlah suri rumah separa masa :P . Mingggu ni aku agak sibuk menguruskan events yang aku ada cerita dekat post sebelum ni. Aku tak nak expose beria sangat aku praktikal dekat mana sekarang sebab aku belum official jadi sebahagian daripada dieorang so #lesstalkandletsgowork . Tapi kalau pihak dieorang sudi nak terima aku bekerja, dengan tangan terbuka luas aku nak keje dekat situ huhu #pleaseacceptme
Nak diceritakan nya, pejabat aku jadi tuan rumah untuk event kali ni. Event ni diberi nama Program Townhall bersama dengan Ketua Jabatan Organisasi Jabatan Sumber Manusia. Event ni mula hari Khamis tapi hari Rabu tu memang nak kena complete semua dah. Masalahnya mana mana aku pergi kan semuanya buat keje last minute :( . Orang yang rapat dengan aku tahu aku bukan sejenis yang suka buat keje saat akhir macam ni. Tapi kalau study last minute, haaa tu betul aku :P
Hari Rabu tu, semua orang dalam office busy gile siapkan keje masing masing. Ye lah sebab besok tu office confirm kosong sebab wajib semua pergi. Macam aku dengan member sorang ni memang kena tidur sana sebab kiteorang ni macam AJK tertinggilah untuk majlis esok #AJKbanyakkerja . So malam semalam aku dah kena siapkan baju awal awal since aku tidur sana #bukanselalu #bekerjasambilberjalan #thatsome
![]() |
| Aku taram beg CikJah ajelah since aku takde beg untuk travel lagi :P |
Selain aku, ada sorang lagi student praktikal dekat office ni. Nama dia Ziha and sebenarnya dia tu junior aku masa sekolah, LOL asal aku tak perasan dia ek haha. Ada sorang lagi, nama dia Mastura tapi aku panggil dia Mas. Dia tak sama department dengan kiteorang since dia duduk office atas. Tapi masa lunch time kiteorang selalu lah keluar lunch bertiga :) . Most of the time aku banyak geng dengan Ziha. Nak dipendekkan cerita, aku sebenarnya tak nak bermalam ni sebab macam tak best je #firstthink . Tapi bila dengar je kiteorang ni nanti tidur dekat PPPTR, meloncat terus geng, excited tu :D tidur tempat best kot, siapa taknak :D .
![]() |
| Kiteorang pergi sana naik van pejabat. Yang tengah main cellphone tu lah SV aku. Kadang kadang senget jugak :| |
Kiteorang start gerak pukul 6 petang. Ni dah kira lambat tau sebab tempat yang kiteorang nak pergi ni agak jauh jugaklah daripada jalan besar #scaryterm . Dalam perjalanan nak pergi tu kiteorang ada singgah kedai ni kejap sebab ada certain barang tak beli lagi. Aku lah kot yang paling seronok sebab senang gile ada driver ni ek. Cakap je nak g mana, terus sampai :D #simptomdahmalasdrive . Lepastu bos aku ni ada tanya nak singgah makan tak, semua orang cakap nak since lunch td tak makan ape pun. Kiteorang pun singgah makan dekat Bandar Pusat Jengka. Last bandar okay #scaryterm
![]() |
Sebelum makanan sampai, anti sosial dulu memasing :D
Sebenarnya semua tengah penat sebab bertungkus lumus siapkan last preparation untuk esok |
Lepas habis mentekedarah :D SV aku tanya nak pergi melawat tempat events ke tak, aku dengan Ziha memang nak sebab semangat nk berjalan lagi tu :D . Tapi kakak dua orang lagi yang ikut kiteorang tu dah penat, so kiteorang terus balik ke PPPTR ajelah. Ada dua orang lagi tau dalam van ni. Kak Ina dengan Kak Ton. Dieorang ni takde lah sehaluan mana and aku pun tak sehaluan mana dengan kakak sorang ni. Okay bukan kiteorang berdua je tapi whole office tak suka haha #perangaimakcikbawang . Kalau nak ikutkan aku tidur sebilik dengan Kak Ina, Ziha dengan Kak Ton tapi like I said before #siapanak haha, maka dengan berbekalkan muka kesian kami, finally dapatlah tidur berdua #yass . Tempat yang kiteorang tidur ni nama dia Felda Residence Tekam. PPPTR tu nama tempat dia, jangan kompius pulak :D
![]() |
| Kiteorang dapat bilik katil single dua, memang heaven gile :D dah la penat dapat pulak tilam hempok #nikmatapayangengkaudustakan :) |
Keesokkan harinya, kiteorang bangun awal pagi sebab kena sampai sana sebelum tetamu tetamu lain sampai. Encik Aman, pemandu tu cakap nak sampai sana amik masa lebih kurang 45 minit. Boleh tahan jugak jauh nya huhu. Event harini buat dekat Felda Lepar Utara 03. Sepatutnya buat dekat PPPTR ni sebab last post pun aku ada cerita yang kiteorang datang servey tempat. Malangnya dewan yang dieorang ada tak cukup besar nak tampung tetamu #byebyedewanaircond . Nak pergi sana kalau dari Felda Residence ni agak dekat lah jugak tapi cuba korang bayangkan kalau kiteorang gerak dari pejabat, mahunya tercirit :D . Masa otw pergi tu, aku suka dalam gembira haha, suka sebab first time join events besar macam ni nervous sebab masa dalam perjalanan tu, line telefon sekejap ada sekejap out of service. Dah lah kiri kanan jalan tak de benda nak tengok, ada kelapa sawit je diknon :( . Masa kiteorang lalu tu pun sunyi sepi, kereta lalu lalang pun boleh dikira dengan jari. CikJah memang asal orang Jerantut. Aku agak terbiasa dengan view kelapa sawit ni #cucupenerokafelda #improud tapi aku first time datang Lepar Utara ni, so lain daripada yang lain okay. Tak semua Felda sama, setiap Felda ada istimewa dieorang yang tersendiri :)
![]() |
| Enko tengok, begegau van nihaa sebab Encik Aman ni cekononnya tengah kejar masa, tapi dah terlambat kan #womanproblem #itsfun |
Alhamdulillah, kiteorang selamat sampai tepat pukul 8.30 pagi pheww. Sampai sampai je habis kedut baju :/ sebab Encik Aman ler ni :| . Sebab apa aku cakap tadi dewan dekat PPPTR tu tak muat, tetamu kiteorang harini merangkumi wakil daripada 14 ladang dibawah seliaan office aku. Enkorang boleh bayang tak berapa ramai nye tu wakaka. Aku pulak ditugaskan dibahagian pendaftaran, secara automatiknya aku akan kenal semua orang #misimencarijodoh
![]() |
| Misi bakal mengingat nama bakal imam wakaka |
Event ni mula pukul 10 pagi, pastu habis pukul 2 petang. Dalam masa 4 jam tu, perut aku toksah cerita lah kan, macam macam lagu keluar sebab aku breakfast awal pagi sangat :|
Syukur alhamdulillah, event harini berjaya :D . Walaupun baru pertama kali aku jumpa dieorang semua, tapi tahap ramah tu macam dah kenal lama :) Memang kebanyakkan daripada dieorang sudah berusia tapi itu bukan penghalang untuk kita bekerja dan saling hormat menghormati #selfmotivation . Tung tang tung tang kiteorang pun gerak balik pukul 3 petang tu. Masa otw balik, Kak Ina beria tanya aku yang mana satu aku berkenan, aku pun melayan ajelah dengan main pakai tembak je nama mana aku minat #sisgurau . SV aku pulak join sekaki, meriah betul otw balik tu haha.
![]() |
Semua tetamu yang hadir :)
Aku takde dalam gambar ni, toksahlah beria nk zoom sgt ek :P |
![]() |
We did it!
Kak Ina yang tudung merah tu, Ziha tudung kelabu. |
Lepas hantar Ziha balik rumah dia, kiteorang lalu dekat kawasan kubur Sudirman ni. Kebetulan rumah Ziha lalu dekat kubur arwah. SV aku pun ajak lah singgah kejap nak tengok. Aku yang duduk sini pun tak pernah pergi huhu maka tepergi lah harini. Kak Ina tu pun kubur arwah ayah dia pun dekat sini. Al Fatihah keduanya, semoga roh kalian dicucuri rahmat Ilahi.
Dato' Sudirman bin Haji Arshad,[1][2]DSAP (Posthumous), JMN, AMN, AMP (25 May 1954 – 22 February 1992)[3] was a Malaysian singer and songwriter. He had started his career after winning the Bintang RTM on 11 August 1976. Also, he is the title holder of "Asia's No. 1 Performer" on 19 March 1989 as he won the '‘Asian Popular Music Awards'’ competition in Royal Albert Hall in London.[4] He was known as the "Singing Lawyer", the "People's Singer", the "Patriot Singer" and the "Elvis Presley of Malaysia". He was also a composer, lawyer, writer (memoir and children books), cartoonist, entrepreneur and actor.













Comments
Post a Comment