Melawat Ladang dengan 'Hot Boss'
Assalamualaikum!
Pe kabo ") . Untuk entry kalini, aku nak share dengan korang pasal pengalaman aku masuk ladang sawit :D . The real palm oil plantation okay #jelessikit . Semalam aku dapat peluang ikut salah seorang bos aku ni pergi melawat ladang dekat Raub, Pahang. Sampai ke Raub tau office aku cover, kira agak luas jugaklah cover area office aku. Sebenarnya, bos aku cakap aku tak payah pergi pun takpe tapi aku ni kan pantang kalau ada tempat baru je menggeletek kaki nak pergi haha #badhabits . Nak perginye hari Isnin, Ahad malam tu aku tebal muka Whatsapps bos tanya jadi tak pergi haha #malubertanyatakdapatpergi #kakkinbawakjalan
Hari yang ditunggu tunggu oleh aku pun tiba :D . Hari Isnin tu, dalam pukul 9.30 pagi, aku dengan bos ni pun bergerak lah ke Felda Krau 02 Raub Pahang. Bos aku ni guna jalan biasa instead of highway. Dia malas nak claim ataupun lebih dekat, ikut bos lah janji sampai haha. Tapi enkorang pepaham lah, jalan biasa ni, memang biasa sangat lah kan #hmm . Dengan lori balak lalu hari hari, pekerja ladang, penduduk setempat lagi, enko rasa condition jalan tu elok macam dekat highway :| . Tapi bos aku ni drive smooth je, dah biasa jalan macam ni kot. Masa otw nk pergi tu, aku cuba bukak topik dengan bos aku ni haa since aku pun taknak nampak macam bosan sangat haha and dia pun melayan je :D . Daripada topik pengalaman kerja sampailah topik rumahtangga dia, habis kena korek :P . Trust me, aku borak kosong je, dia nak sentimental lebih tu aku dengar kan ajelah :D . Dekat office nampak je bos aku ni macam pendiam, tapi hakikatnya tersangatlah banyak cakap, lepas ni don't judge orang tu kalau diam selamanya dia diam okay. Kalau kita pandai twist fikiran dia, kompem segala cerita kau dapat :D #tipskakkinramah .
![]() |
Ni masa otw nak pergi tu,seperti biasa, kelapa sawit dimana mana :D #ilovemyjob
|
Kiteorang amik masa dalam sejam lebih jugak lah nak sampai sini. Bila dah sampai tu, mak aih tekak aku ni kemain haus sebab terbanyak cakap dengan bos ni tadi :D . Nasib baik bos ni ajak minum dulu sebelum masuk ladang, tapi bagi aku dia nak merokok je tu haha. Btw satu benda aku hormat bos aku ni, dalam merokok dia tu, dia tak hembus asap tu sejibik dekat muka kita tau :D tak macam mamat mamat yang lain tu #respectwoman . Kiteorang minum ni pun sebab nak tunggu seorang wakil daripada ladang ni datang. Katanya dia ada dalam ladang, then nak keluar sambut kiteorang lah cecece. Lepas habis je minum, kiteorang terus gerak pergi office ladang. Kiteorang minum dekat kedai dalam kawasan ladang tu je since office takde cafe huhu.
Dalam pukul 11 lebih kiteorang start gerak masuk ladang. Kali ni aku duduk belakang sebab wakil ladang tu tadi datang join kiteorang. Memula masuk tu okay lagi tau, tapi bila dah makin kedalam tu #adventurebegin jalan tar dah takde haha. Bermula lah episod jalan tanah merah :D . Nasib baik kiteorang naik Hilux, kalau naik lori ke ape mahu ke berdebu muka aku ;( #hilangfesyen . Aku dah mula pening pening sikit sebab jalan tu macam menggoncangkan perut aku ni haha. So aku berdiam diri ajelah duk dengar dieorang borak apa. Dalam setengah jam jugak lah pusing pusing dalam tu then balik semula ke office #finallyaircond .
|
||
|
||
Kiteorang makan tengahari dekat satu kedai berdekatan dengan office ni. Lauk dia boleh tahan plus murah jugak. Cuma agak bahaya sebab kedai ni macam tepi jalan sangat #seriaumak . Lepas makan tu bos aku singgah office balik sebab nak amik document amende dia entah then terus gerak balik Temerloh. Masa otw balik tu pun macam macam benda kiteorang borak :D #takpernahhabiske . Kadang kadang kelako, kadang kadang tak sedar bos buat kelako :\ . Aku macam kesian sikit lah dekat bos ni sebab dia cakap dia bukan orang sini and takde kawan yang sekepala. Dia asal nya orang Pekan tapi stay KL dengan anak bini. Asalnya dia memang duduk HQ office kiteorang tapi tercampak pulak ke sini wakaka. Biasanya hujung minggu je dia balik KL. Dia ada gak tanya aku ape yang best dekat Temerloh tu. Aku cakap lah apa bos suka semua ada :D #sedapkanhatidia . Tapi senang senang dia cakap dia takde kawan. Memang lelaki ni susah eh nak dapat geng "| sebab masa aku study ni pun aku nampak jugak lah ada lelaki yang solo molo jek, tapi kalau dah bergeng tu emmph konvoi sana sini, tu haa paling kuat sekali mekik dekat kedai mamak #siapalagikalaubukanenko #notmention .
Masa otw balik tu, bos ade jugak tanya nak singgah memana tak. Aku segan nak ajak pergi bandar Raub jap, rindu Uitm Raub tu ha. Walaupun dah hampir setahun lebih dekat Seremban, Raub tetap ada kenangan aku yang tersendiri ;\ .
Secara keseluruhannya, aku seronok sangat harini. Dapat pengalaman baru, dapat belajar benda baru dan yang paling best dapat borak dengan bos ni haha #goldenopportunity .
See you guys again in the next entry okay :)










Comments
Post a Comment