Siapa CikJak ?


Assalamualaikum !


Pe kabo ") . Aku nak cerita dengan korang ape yang aku buat pada minggu ni. Sepatutnya aku kena pergi Bangi minggu ni tapi nasib aku baik sebab sepupu aku takde dekat rumah haha #ikhlasketaknakpergini . 



Dipendekkan cerita ek, ayah aku, CikJak ada lima orang adik beradik, yang sulung meninggal waktu kecik (if I not mistaken) dan ayah aku yang paling bongsu. Ayah aku ni dengan abang dia nombor empat je yang keluar daripada kampung mencari keje while the other two stay dekat dengan rumah nenek aku. Eh lupa nak cakap, ayah aku ni asal dari negeri Hang Tuah tau, Melaka wuwuwuwu haha. Sebab tu kan kalau mulut aku macam cilake sikit tu haa tahu lah ek kenapa :| . Ayah aku ada kakak sorang, aku panggil kakak dia tu makcik. Makcik ni ada anak sorang, tapi cucu makcik aku ni ramai tau, lima haha. Sepupu aku ni stay dekat Bangi since bujang lagi Bangi, Kajang, Sungai Ramal Dalam tu selalu lah jugak aku pergi. Ayah aku ni sayang sepupu aku ni sebab dia takde ayah #yesakujeles . Maka keraplah jugak kiteorang ni pergi Bangi melawat cucu cucu ayah aku ni. Memang gamat lah cerita dia kalau kiteorang datang, nakal nya ya ampun ") . Setiap kali kiteorang melawat ayah aku takkan lupa nak kasi hadiah pada cucu cucu dia ni #wellhismoney #takjeles . Aku tahu pada umur ayah aku macamni sepatutnya dia dah ada cucu sendiri, but well, aku masih binggung :D #jawapanselamat . So bila dah tak jadi nak datang sana tu, kiteorang pun buat ajelah hal sendiri dekat rumah :D .





CikJak dah siap belikan hadiah dekat cucu dia awal awal lagi tau, tapi dah tak jadi nak datang, tersidailah enko dekat tepi ni haha. 


Minggu ni aku takde buat aktiviti apa sangat sebab minggu lepas dah beria mengemas kan haha. Dua tiga hari ni cuaca tak menentu sikit. Panas tengahari petang hujan. At least, sempat lah kering baju aku :D . Baju kalau sidai tapi tak kering, alamak weh tak best langsung! Aku tak suka sidai dalam rumah, nanti bau hapak satu hal, menyemak mata memandang dah tentu tentu nya :| . Tapi kalau korang datang rumah aku masa musim tengkujuh, dalam rumah dah nampak macam kubu perang lah jawabnya :D kain baju penuh weh dan masa tu ampai ampai tambahan akan kelihatan ") .

Tapi aku tak suka macam tu, nasib baik ada dobi layan diri #lifesaver . Korang akan nampak aku dekat dobi sebab nak pengering tu je :D . Lepas habis pengering balik lipat, kan senang haha #bakalsuamitolongbelisatu . Aku biasa pergi dobi dekat depan sekolah sukan tempat aku ni. Dobi ni baru bukak, so macam tak ramai sangat orang guna lagi. Takde lah tunggu lama sangat haha #Ihatewaiting . Nasib aku agak baik harini sebab nya takde orang guna lagi, ataupun mungkin aku datang time takde orang #bukanselalubertuah . Sebakul penuh kot kain kiteorang, walaupun duduk bertiga je tapi kain macam duduk lima orang :| .


Nak senang kalau pergi dobi tu tuan tuan dan puan puan, bawaklah bakul sendiri, sebab senang kalau korang lambat ke ape, aku campak kan je baju korang dalam ni :/
Ni tak, orang terpaksa letak atas lantai, so ape guna enko basuh baju :| 


Nampak kain batik CikJah haha


Petang lepas habis mendobi tu, aku macam tetibe nak try buat kuih untuk minum petang. So aku try lah buat kuih cara manis. Nak share resepi ke, alamak aku pun tengok buku haha. Dulu waktu duduk rumah lama, CikJah pernah buat kuih ni, dah sekarang bila nak buat kena tengok buku balik sebab lupa sukatan dia haha. Nak buat kuih macam ni memang kena sukat sikit tau sebab kalau cair sangat karang tak jadi, kalau pekat sangat lagi ah, harommm :| . Tapi kuih aku kire lulus lah k, CikJak suke tau :P .

Kuih Cara Manis by me :)
Walaupun rupamu tidak secantik tuanmu, namun rasa dia ummph :P
#dapurkakkin
Lepas habis mendobi, self reward sikit dengan air kelapa :P
Nampak tak basah simen tu, baru lepas hujan, sejukk gegege


Malam tu, sebab aku dah buat kuih kan, CikJak pun ajak dinner dekat luar #yas . Aku macam tak percaya pun ada sebab yelah since ayah aku sakit terlantar dulu, aku tak pernah berharap dapat kumpul makan makan macam ni lagi. Dulu masa kecik, kiteorang selalu keluar makan makan, jalan jalan. Tapi yelah, faktor umur dan tenaga, semuanya berbeza sekarang ") . CikJak tak boleh makan sembarangan sekarang disebabkan masalah kesihatan dia. Kita yang muda ni beringat lah sikit okay, meskipun aku tahu trend makanan hipstur semakin menjadi jadi sekarang ek #yeakucakaptentangdiriaku . 


Highlight aku dekat sini is aku nak korang hayati moment indah masa dengan ibu bapa korang, sebab dah ramai member aku menyesal tak dapat jaga mak ayah dieorang dengan baik. Dah takde baru nak menyesal, ada guna ke lagi! Aku dapat tengok CikJah CikJak bangkit semula daripada sakit dulu pun alhamdulillah sangat sangat. Masa dieorang sakit tu, aku pernah sampai tahap putus harapan. Sampai kadang kadang aku tanya Tuhan kenapa Engkau bagi aku ujian yang sangat berat. Ujian yang aku sendiri rasa aku tak mampu nak hadapi. Tapi cepat cepat aku istigfar sebab aku tahu, Allah tak bagi ujian pada hambanya yang tak mampu. Aku start bangkit perlahan lahan sebab aku tahu kalau aku lemah, dieorang pun akan lagi lemah. Aku kena sentiasa tunjuk aku kuat walaupun dalam hati ni siapa lah sanggup tengok mak ayah kita sakit macam ni. Kadang kadang nak jugak sakit tu beralih tempat pada kita sebab dah tak sanggup nak tengok dieorang sakit :( . 



Jaga parents korang baik baik okay sebab dieorang tu kunci kita untuk ke syurga :) .

Walaupun CikJak antisocial tapi adik tetap sayang ayoh!
See you guys in the next entry okay ")

Comments

Popular Posts