Final SEMESTER !


Assalamualaikum !

Pe kabo ") Aku menulis lagi haha. Kali ni aku nak menulis tentang perjalanan minggu pertama sebagai student final year pulak. Gempak ek bunyinya, padahal semput mak :| .

Aku kan baru je habis berlatihan industri Jumaat haritu, Isnin lepastu aku dah start class weh. Sekejap je masa rehatny  hmm. Aku pulak kena balik sikit sebab nak kena bersih bilik dulu, almaklumlah dua bulan duk tinggal kosong huhu. Biasanya aku tak gerak sorang balik Uni, ade jek yang menempel haha. Yang menempel tu member member aku jugak, Leha dengan Gebu. Dieorang ni sorang asal Karak, sorang asal Raub. Kalau dieorang menempel memang aku kena balik ikut KL lah cerita dia, tapi kalau dieorang tak menempel, aku biasanya balik ikut Bera--Bahau tu, sebab bagi aku macam cepat sikit lah plus toksah bayar tol sumer haha #bajetstudent .

Aku dah lama nak pergi Bukit Tinggi tau, dua tahun ulang alik, aku perati jek signboard Bukit Tinggi tu, dah alang alang lalu kalini, aku ajak dieorang singgah jap, nasib baik dedua ons #haha . Kiteorang gerak awal pagi Ahad tu tau, biasanya Lebuhraya Karak ni memang jem lah cerita dia kalau hujung hujung minggu ni, tapi alhamdulillah haritu jalan lengang haha #rezekikami . Daripada Lebuhraya nak ke atas tu makan masa jugaklah dalam 30 minit perjalanan. Tapi kiteorang amik masa lebih kurang 45 minit haha sebab kereta aku banyak pulak barang haritu haha. Aku ingatkan sejuk tau bila sampai atas tu, yelah nama pun bukit tapi panas cing cing oi :P . Tapi serius tempat dia lawa, bangunan dia macam English style sikit, worth it datang untuk bergambar haha. Dua jam lepak atas tu, kiteorang pun gerak balik ke dunia sebenar #studentlife .



Worth it untuk bergambar haha
Kesian kengkawan aku, dah la panas pastu masa tengah amik gambar orang nak lalu lah, bebudak berlari lah :|
Akhirnya dapat jugak gambar lawa haha


Leha silau ke tuu wakaka
Tempat parking kereta pun lawa :0

Kalau tak silap aku ada dua tempat dekat sini, satu lagi tempat Jepun ape ntah, tapi aku sempat pergi dekat sini je sebab kiteorang kejar masa nak sampai Uni huhu

Kiteorang sampai petang tu dalam pukul 3 petang macam tu, sebab ada jem sikit lepas Exit Sungai Besi. Sampai je bilik dekat rumah sewa kesayangan aku tu #rolleyes , ada sorang dua member aku dah sampai. Dieorang pun sibuk mengemas haha, habuk berkilo. Dah habis je kemas semua tu, aku dah mula rindu CikJah, CikJak #homesick :( . Tapi, nak bagi elak aku homesick sangat sangat, aku join dieorang ni membawang haha. Memasing cerita tentang tempat latihan industri,pastu dieorang pelik asal aku selalu keluar office haha.

Esok tu class aku start pagi weh. Sem ni class aku hari hari start pukul 8 pagi :( .

Kelas pertama of course aku mampu datang awal wakaka

Of course masa kelas pertama, tahap rajin menulis tu masih di tahap cemerlang wakaka

Aku dah sehabis susun jadual dah nak bagi match dengan member baik aku tapi ada gak certain class yang tak sama :( . Tapi nasib baik aku ni jenis okay jalan sorang sorang, dulu waktu study Diploma okay je jalan sorang sorang ni, tapi masa degree ni aku selalu jalan berdua, bertiga, so bila nak jalan sorang balik ni dia jadi janggal sikit haha. Kelas pagi tu, aku dapat lecturer yang aku dengar semua orang nak elak ada dalam kelas dia. Aku still tak paham kenapa, aku dengar ramai jugak lah soksek tepi nak tukar kelas bagai haha. Biasanya kalau kelas pertama dalam semester baru, lecturer akan briefing je apa nak belajar, intro sikit sebab selebihnya akan diterangkan dalam kelas lecture tapi Madam aku ni lain sikit, mula mula kelas dah dapat assignment #bestsangat . Masa degree ni, lecturer banyak mintak kiteorang buat assignment dalam kumpulan, aku tak suka sebenarnya haha. Sebab bagi aku setiap orang ada perangai dia hmm. Masa Diploma dulu aku ada group aku, memang tetiap kali asignment tu group ni ajelah, tapi masa degree niaku selalu terbuang huhu. Aku amik positif ajelah, mungkin dieorang suka aku memperluaskan kawan kawan aku kot haha #jagahati .

Habis je kelas haritu, aku terus pergi supermarket. Nak beli barang basah sikit sebab sejak aku duduk rumah sewa ni aku kira rajin lah jugak memasak haha. Aku selalu beli barang dekat NSK Seremban 2 sebab bagi aku tempat dia luas gile. Banyak pilihan weh kalau masuk tu, memang aku rasa nak amik semua benda kalau dah masuk situ haha. Barang dia, daripada jajan sampailah ke barang basah semua ada :D . Kalau aku malas nak pergi NSK ni, aku pergi je supermarket dekat Rasah tu, cuma aku kureng sikit area situ haha. Kengkadang kalau aku rajin, aku beli jugak dekat pasar malam Garden Avenue tu. Area situ banyak kedai Melayu, area aku ni kurang sikit.

Syikin nak diet #rolleyes


Untuk minggu ni, aku tak dapat nak arrange masa aku dengan baik lagi, maka masa makan aku tu agak berterabur sikit lah haha. Aku bukan macam member member aku yang suka bawak biskut, gula gula mai kelas, paling rajin pun aku gendong air gergasi aku tu je haha.

Makan roti je wak :P 
Gigih tau aku beli bekas tu dekat kedai Eco #rolleyes
Konon nya nak diet, sebab portion 


Orang lain dah kenyang makan lunch, aku gedek gedek bekal aku makan huhu
Roti pun kenyang alhamdulillah

Disebabkan jadual aku sem ni agak padat, aku pulak mudah pelupa haha, aku pun buat sendiri planner aku #gigih . Planner ni aku buat macam kalender tu je, cuma aku lukis kotak besar besar biar senang aku sumbat semua dalam tu haha. Aku suka tengok planner tu penuh, kadang kadang benda tak penting pun aku tulis jugak, contohnya harijadi sendiri #rolleyes . Aku nak bawak hari hari g kelas, sebab nak tulis terus. Pastu part sedihnya, dalam masa seminggu tu entah berapa kali air tertumpah dalam beg aku, habis semua basah #siscry .

Planner aku #siscry
Nasib baik basah tepi jek, kalau basah semua haih
macam hantu lah gayanya haha sebab aku suka tulis pakai pen dakwat cair,
entah, nampak macam kemas sikit huhu

Walaupun jadual aku pack, kelas aku Isnin sampai Khamis je #alhamdulillah . Kelas hari Khamis tu pun sampai pukul 3 petang je, kalau nak balik Pahang pun sempat lagi #priority . Biasanya aku balik makan masa dalam 3 jam je, tu pun kalau ikut jalan Bera lah, kalau ikut KL dalam 3 jam ke 3 jam setengah kengkadang 4 jam pun ada, tapi biasanya kurang daripada tu dah sampai dah haha #jiwakelajuan #janganikutperangaiakuyangni . CikJak dengan CikJah kurang sihat sekarang ni, so aku memang kena selalu balik macam dua minggu sekali, kadang kadang setiap minggu haha. Aku balik tu pun sebab nak amik mood study ni haa, kadang aku mengadu jugak peel kengkawan aku ni dekat CikJah, dia pun dengar je lah haha. At least release lah jugak tension aku pasal perangai orang ni wakaka. Pastu masa aku nak spend time dengan mak ayah ni lah orang tu mesej tanya orang ni mesej tanya, haih aku free taknak text pulak #eee . Tapi disebabkan last semester, sis redhor je lah. Aku anggap ni macam kenangan terakhir aku dekat sini ajelah huhuhuhu.

Sebelum balik siapkan keje dulu #tanggungjawabdunia 
Lepastu en route to Temerloh :P

Sebab apa kengkadang aku suka balik ikut KL, 
sebab lepas tol Sungai Besi tu ada drive-thru Starbucks wakaka

Kali ni aku balik bukan sebab homesick je tapi sebab kad aku tertinggal okay :|
Cuai kan, benda penting kot haih 

 Hari aku balik tu, aku saje je singgah dekat office, tapi ramai pulak outstation, office terang je haha, tapi terubatlah rindu sikit #siscry #nakpraktikallagi 

Nak praktikal lagi :(

Begitulah cerita aku diminggu pertama pada semester ni. Still kelam kabut macam tu lah haha, aku harap korang doakan aku tabah gila nak menempuhi sem ni okay #siscry sebab aku nak sangat grad on time #ramairamaiamin . Aku tak macam member member aku yang lain, first sem aku tak fokus sangat sebab parents aku sakit, dekat sem last nilah yang merana nye huhu tapi takpe, aku yakin ada hikmah Allah nak bagi sebenarnya '')

See you in the next entry okay !

Comments

Popular Posts