Terima kasih FGVPH, ILY ")


Assalamualaikum !

Pe kabo ") Harini baru aku ada masa nak menulis haha. Dalam dua minggu ni aku busy gile #praktikalalmostdone . Dalam tak sedar, aku dah nak habis praktikal :( . Sedih weh nak tinggalkan tempat ni sebab aku dah selesa duduk dalam organisasi ni hmm.

Disini lahirnya sebuah cinta :D


Sebenarnya ni office CikJak. Sebelum dia sakit, dekat sini lah dia bekerja, sumber rezeki dia. Dia punya seronok bekerja tu sampaikan aku sendiri pun pelik sebab apa apa FGV dulu, office dulu. CikJah dengan aku takde lah offended sangat sebab dia pergi bekerja. In fact, kiteorang jarang campur dengan officemate CikJak sebab entah, tak biasa kot. CikJak pemandu bos bos dekat office ni. Aku tak malu mengaku aku ni anak pemandu, sebab sememangkan aku anak pemandu. Walaupun ayah aku pemandu, tapi aku respect dia. Dia tak pernah tak menselesakan aku. Mungkin orang akan cakap haa 'anak sorang senang dapat apa mintak', mula mula aku malu nak mengaku sebab karang orang kata aku riak pulak haha tapi sebab CikJak mampu :) . Gaji dia kecil tapi dengan apa yang dia ada sekarang, aku sendiri tak pernah jangka dia boleh #prouddaughter . Sebab tu kengkadang kalau aku lemah sikit haa mulalah CikJah comparekan aku dengan ayah :( . Okay we done here, sambung cite aku dekat FGV ni pulak haha.

Nak diceritakan nye haha, aku ni kena masuk praktikal dua hari lepas habis final exam. Nasib aku tak berapa baik kalau nak dibandingkan dengan member member aku yang lain, paper aku habis lambat #dakdakrepeat . Dieorang dah bersenang lenang duduk dekat rumah, aku pulak baru nak menapak balik #adeh . Orang lain seronok menikmati cuti semester tapi tidak bagi aku haha. Cuti semester aku dihabiskan dengan latihan industri huhu. Memang sepatutnya latihan industri ni paling kurang enam bulan kan, tapi kos aku ni lain sikit sebab kiteorang nak jimatkan masa study, nak tak nak kena buat dalam masa cuti sem #nasibbaiksekejap . Aku punyalah nervous dua hari sebelum masuk office haha. Aku dah fikir kena bangun awal, kena pandai berkawan, soft skill etc ect #notreadyyet

Hari pertama aku datang office, dieorang belanja aku breakfast weh haha. Kebanyakkan staf dekat situ pun aku kenal sebab CikJak keje situ dulu kan, now dia tak keje dah sebab cuti sakit :( kalau tak, dah aku boleh usha dia keje haha.

Aku berlatihan industri ni 8 minggu je. Sekejap sangat, tak dapat nak belajar banyak benda, tapi adelah jugak benda aku nak goreng dalam report praktikal ni haha. Banyak benda baru yang aku belajar sebenarnya. Daripada kaca mata aku sebelum ni, nampak macam senang je orang keje office ni padahal ummph, pening haha. Pasal member pulak, nasib baik ada sorang student praktical sama sama dengan aku, Ziha. Tapi Ziha ni lama sikit lah daripada aku, enam bulan kot. Masa aku masuk sini dia dah ada and masa aku habis nanti, dia tak habis lagi haha #sedih #byeZiha .

Aku selalu keje luar haha. Aku suka kot daripada duduk je menghadap computer, buat tambah power spec aku jek :| . Office kiteorang kena cover 14 ladang kelapa sawit untuk daerah Temerloh ni. Masa ni FGV macam nak kecikkan skop keje lah, sebab tu banyak ladang kiteorang kena cover. 14 ladang ni bukan setempat tau, merata rata :D . Still dalam negeri Pahang tapi jauh lah kalau nak site visit ke ape. Tetibe aku terbayang wajah CikJak yang everytime balik rumah penat je, hmm. Staf dieorang pun ada dua tiga orang yang jenis jauh ulang alik. Contohnya bos OSHA aku ni, dia stay Bentong tau, tapi setiap hari ulang alik Bentong--Temerloh. Bos Teknikal aku tu pun sama ulang alik, tapi aku dengar hujung minggu ajelah, hari biasa dia duk sewa bilik. Kalau aku kena macam ni, eh boleh sangat, tapi gaji aku kena asyuk lah weh, sebab kos ulang alik je pun dah berapa haha #perasan .

Paling jauh aku pernah oustation dekat Gua Musang Kelantan weh haha!  Semua orang tahu, kalau sebut negeri Kelantan, mesti duk terbayang perjalanan paling kurang 8 jam. Kalau musim raya, bersedia ajelah fizikal, mental, duit etc etc haha. Masa tu aku tak digalakkan sangat untuk pergi tapi disebabkan aku ni nak sangat berjalan haha, tebal ajelah muka mintak izin dengan bos boleh ikut tak haha. Mula mula tu bos macam keberatan sikit lah sebab aku perempuan kan tapi aku ajak sekali si Ziha ni, haa ons terus :P . Kiteorang gerak awal pagi kot, dalam pukul enam pagi macam tu. Subuh pun dekat surau office je.

Kiteorang ikut jalan Bentong tu haa, so bos OSHA aku tunggu dekat rumah dia ajelah. Kiteorang nak pergi melawat klinik Felda Aring sebab dekat Felda Lepar Utara nanti nak bukak satu klinik untuk pekerja ladang nihaa. Daripada Lepar tu nak ke hospital terdekat memang takde nya terdekat huhu. Sebab tu MA Felda Lepar Utara ada ikut kiteorang sekali sebab nak tahu macam mana rupenye klinik Felda Aring #makinramai . Kiteorang sampai sana around tengahari. Itupun Encik Aman dah bawak van separuh gila laju dia #kussemangat . Nasib baik dah siap lebuhraya Kuala Lipis--Merapoh tu, so takde lah pening pening sangat haha.


Ni baru best outstation, jalan lurus je haha
Korang bayangkan aje lah, dengan jalan sempit, lori balak makan space jalan, En Aman bawak laju gile hmm istigfar ajelah banyak banyak emm 


Depan stor baja pun jadi nak bergambar haha
Bau dia toksah cerita lah :| 


Kiteorang balik haritu jugak. Dalam pukul 3 petang macamtu baru gerak balik. Masa nak keluar dari Felda Aring tu eh rasa macam sekejap je dah sampai jalan besar haha. Masa nak masuk tadi kemain lame. Bagi aku, kalau nak datang sini setakat buat lawatan okay lah kot tapi kalau ditakdirkan keje dekat sini, hmm aku fikir banyak kali kot #jauhokay .


Masa otw balik tu singgah Petronas Kuala Lipis, dieorang ada jual makanan ni #siscry .
Kalau nampak makanan ni dengan adik beradik dia, memang sah korang dah selamat sampai Kelantan haha.
#lokcingforlife


Dalam van masa otw balik, kiteorang dapat call daripada pejabat. Esok kiteorang kena attend program dekat Lepar Utara. Penat outstation harini tak habis lagi weh esok dah kena keluar lagi haha #siscry . Kiteorang sampai office dalam pukul 9 ke 10 malam. Besok nak kena ada dekat Lepar awal pagi, nak taknak esok memang kena terpacak dekat office sebelum Subuh ler #siscryhard . Balik tu toksah cerita lah, pangshen weh haha. Esok tu aku dengan Ziha bergerak ke Lepar Utara. Semalam pergi Timur harini pergi Barat pulak haha. Penat tu memang penat, kena henyak dengan van En Aman ni :| tapi pengalaman ni sumpah aku takkan lupa sampai bila bila :) . Kiteorang tak tahu tau program apa nak kena buat dekat Lepar ni, sebab semalam takde dekat office kan haha. Sampai je Lepar, banyak gila Hilux ada. Rupanya nak buat tinjauan ladang. Kiranya aku dapat satu lagi pengalaman baru, masuk ladang kelapa sawit haha #excitedgile . Seronok okay sebab selama ni asyik tengok dari luar je, nihaa dapat masuk. Jalan dalam ladang tu bukan macam jalanraya kita ni tau, jalan tanah merah weh, dengan jalan tak rata nya haha. Kiteorang tumpang Hilux sorang bos ladang ni, which was aku kenal bos ni, bekas bos ayah aku dulu. Berhempit sikit lah sebab Hilux kalau seat belakang tu sikit je weh haha. Kalau sampai tang jalan tak rata tu, melambung lah kiteorang haha. Lepas habis melawat ladang tu, dieorang ada buat meeting and aku tengok half dalam tu tersengguk haha. Penat kot sebab memasing jauh, kena gerak awal pagi.

Melawat Ladang Lepar Utara is doneee haha


Kiranya yang ni last outstation aku lah sepanjang aku berlatihan industri dekat sini. Aku rasa aku paling banyak ikut bos keluar kot haha. Aku nak tambah key point sikit dalam report aku #alasanmunasabah . Aku suka kalau buku aku tu penuh, dengan point yang bukan mengarut okay haha. Minggu last tu Ziha macam sedih sikit lah, even Kak Ina, PA SV aku pun macam ralat je sebab orang paling happening dah nak habis latihan industri haha #akulahtu . Aku dah tak banyak keje nak kena buat dah, so aku pun baru nak mula buat report aku, penyalah malas sampaikan satu line sejam haha #takdemood .

Ziha ajak beli selipar sama :(


Bakal rindu zaman acah acah busy ni haha :(


Kalau lah ada staf pejabat aku yang baca entry ni, aku nak korang tahu yang aku memang selesa gila kerja dengan korang. Surrounding best, enviroment best, member keje best, tempat keje best #siscry #nikmatapayangtidakengkaudustakan . Terima kasih banyak sebab ajar aku macam macam pasal kerja. Sedih pulak nak tinggalkan pejabat ni :( . Tapi aku kena balik jugak untuk buat report haha. Aku harap korang boleh doakan aku kuat untuk semester baru ni since semester baru ni agak tough jugak bagi aku #roadtofinalsemester .

So, see you guys in the next entry okay ;)


Psst : Gigih tau aku compile gambar, video, boomerang daripada hari pertama aku datang sampai akhir #siscry . ILY FGVPH.



Comments

Popular Posts