Sekpenyu on trip Melaka


Assalamualaikum!

Pe kabo ") Lama jugak aku tak menulis ni ek haha. Semester ni busy gile weh, mana nak cover kelas lagi, research lagi #akukejungdisitu . Jadinya, minggu lepas kiteorang cadang nak pergi vacation sikit lah sebelum nak habis study ni kan, sebab kiteorang fikir lepasni nak jumpa memang sah sah susah, sorang Barat, sorang Timur, sorang Selatan haha. Negeri yang kiteorang pilih nak pergi kalini, Melaka, ala sebelah negeri tempat kiteorang study ni je haha. Ingatkan nak ajak pergi Johor tapi kewangan masing masing tengah low huhu #studentlife .



Abang ni mengade ek, orang mintak tolong amik gambar enko buat boomerang pulak :P

Dua hari sebelum nak gerak tu, aku ajak dieorang ni sumer kumpul buat meeting sikit lah haha. Simple meeting je sebab nak bagitahu nanti nak kena buat apa etc etc, tapi meeting ni macam more to makan makan gurau gurau senda haha.


Makan makan :P

Dieorang nak aku yang jadi ketuanye sebab aku ni half Melaka, hmm agak berat jugaklah keje tu sebab sejujurnya aku ni memang lah selalu balik kampung Melaka, tapi aku jarang jalan jalan Bandaraya Melaka tu sebab most of the time aku duduk rumah je #sadlife . Sepupu sepupu aku pun jenis duduk rumah jugak haha damn tersekat. Aku pun pelik sebab ramai je member member aku yang lain sibuk tanya dekat mana tempat best Melaka, alamak weh aku duduk kampung je hmm tak merayau mana. Kampung aku pulak hujung negeri Melaka ni haa, memang jauh lah kalau nak ke Bandaraya tu, makan masa dalam sejam jugak lah dengan Melaka terkenal as negeri Traffic Light la haha. Aku mintak maaf awal awal dengan dieorang ni kalau ada benda yang tak puas hati ke sebab sesungguhnya aku pun takde lah cekap mana dekat negeri ni haha. Aku IC Pahang okay #rolleyes . Kiteorang siap wujudkan hashtag tau untuk trip kalini haha #sekganuontrip2.0 . #sekganuontrip1.0 tu dah pernah ada haha, tahun lepas kiteorang kumpul balik dekat Terengganu, tempat mula mula kiteorang study dulu :) 

 #sekpenyuontrip1.0
Missing them yang takdapat join :| 

Gigih okay aku buat tentatif, sebelum tulis tu aku google dulu mana nak pergi, mana best, mana viral #rolleyes







Sabtu tu kiteorang gerak awal pagi. Malam tu aku tidur empat jam je sebab duk pulun siapkan assignment, nak berjalan kan kena lah senang hati sikit siapkan keje dulu kihkih. Agak berisiko jugaklah sebab aku kena drive, takut terlelap ke haa kan naye je, dah lah bawak anak orang huhu. Tapi rasa excited tu melebihi rasa mengantuk haha. Kiteorang gerak guna dua kereta je, memasing ada so takpayah bazir duit menyewa kereta #anakorangsenangbelake . Masa otw pun ada boleh pulak bebudak ni sesat atas highway #memaineh . Kiteorang berhenti breakfast dekat RnR Ayer Keroh. Hari minggu, Melaka pulak tu, mane je tak ramai haha.

Lepastu kiteorang terus gerak pergi Bandar Hilir, dalam tengahari jugak lah sampai sana. Cuaca pulak baru lepas hujan, kiranya best lah kalau nak jalan kaki. Kiteorang rancang nak main basikal dulu, tapi hujan balik, so kiteorang tawaf mall dulu ler.

Sejuk sejuk pun minum ais enko, apedehal :P

Kiteorang lepak dekat area Dataran Pahlawan ni, masa tu hujan macam dah reda sikit, aku pun try la keluar, mak aih sejuk gile haha windy gittew :P 

Agak agak hujan dah reda sikit, kiteorang naik basikal pusing pusing Bandar Hilir. Basikal ni pun kira power jugak lah sebab kiteorang kena upload apps dulu untuk bukak kunci dia then baru boleh main, masa naik basikal tu pun apps ni dah set up kan sejam macam tu je main #canggihsiot .


Ni la basikal tu

Masa tengah meronda tu, terjumpa pulak street art, kiteorang je konker untuk amik gambar haha.

Aku pun posing taknak kalah wakaka

Hampir sejam jugak lah kiteorang meronda dengan basikal tu, lencun jugak ler walaupun cuaca redup. Perut kiteorang pun dah bergendang gendong, terus pergi lunch dekat kedai depan Menara Taming Sari. Kiteorag makan asam pedas weh haha tak sah lah kan kalau datang Melaka tapi tak makan asam pedas :P . Tapi aku prefer asam pedas makcik aku, emm tak kena lah asam pedas kedai dengan tekak ni huhu.

Lepas habis melantak, kiteorang pun pergi check up hotel yang kawan aku ni cari. Kiteorang amik dua bilik je sebab nak jimat wakaka #studentlife . Tapi masalahnya hotel ni perasan pulak kiteorang ramai, so tak boleh duduk sebilik ramai haih. Nak taknak kena upgrade bilik besar sikit baru dia kasi check in. Ada daripada kawan kiteorang dah penat, malas nak pening kepala cari hotel lain so upgrade jela. Dalam dua jam bersih bersihkan diri, kiteorang keluar balik. Aku bawak dieorang pergi padang pasir dekat Klebang tu. Masa otw pergi Klebang tu, kiteorang singgah beli Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang femes tu haha. Biasanya nak beli kuih ni memang kena beratur panjang tau, tapi haritu rezeki kiteorang, tak ramai orang nak beli.

Sedap, lembut, tak manis sangat huhu 

Tak lama lepastu sampailah padang pasir Klebang. Aku dengar orang cakap tempat ni wujud sebab ada lebihan pasir daripada dieorang buat bangunan tu, tak tahu lah lebihan ke atau still tengah guna, pasir pun jadik. Tempat ni pun asalnya laut yang kena tambak, Melaka ni negeri dia kecik je, tapi disebabkan nak besar lagi so maybe kerajaan negeri buat inisiatif tambak laut ni sikit #assumptionme . Masa sampai tu aku dah nampak timbunan pasir nya, nun jauh. Aku tanya lah abang jual air tu, tak boleh bawak masuk kereta ke, abang tu cakap dulu boleh tapi sekarang dah tak boleh bawak sebab apa, dia pun kurang pasti.

Aku dah la pakai kasut, dalam kasut penuh pasir
Gigih tau aku pergi uptown Senawang malam tu beli kasut ni wakaka

Ada member aku ajak jalan sampai dalam tu, aku fikir dah alang alang datang ni, hmm masuk ajelah. Tapi pancit weh :( . Dengan kasut masuk pasir, jalan pun payah haih sebab jalan betul betul atas pasir, takde tanah rata tu. Aku rase aku jalan kaki dalam 2km tu #phew , demi sekeping gambar :| . Member aku yang taknak masuk tu dieorang lepak dekat entrance jek.

Lencun geng!
Tapi macam aku cakap tadi, worth it!

Kiteorang gerak balik masa sebab dah nak masuk waktu Maghrib. Kalau duduk situ lama lama pun bukan ada lampu haha. Solat Maghrib pun dekat masjid berdekatan je, tak sempat nak balik hotel. Lepas solat, ada yang suggest nak pergi makan malam dulu. Aku bawak dieorang pergi Umbai. Agak jauh daripada bandar sebenarnya, tapi sebab nak bawak dieorang makan tempat best aku jalan kan aje. Sampai sana eh taknak pulak makan ikan bakar sebab masing masing takde bajet lebih so kireorang singgah makan dekat kedai biasa je. Aku terkilan sikit lah sebab dah pergi jauh kot tapi takpelah, amik positif je haha. Lepas makan tu ada yang ajak balik sebab penat harini dah banyak aktiviti buat, tapi ada jugak nak jalan lagi.

Akhirnya geng nak jalan lagi menang haha. Aku bawak dieorang pergi Jonker Walk. Masa sampai tu jam dah nak dekat 12 tengah malam, aku pulak taktahu yang Jonker Walk ni sampai tengahmalam jek, ingatkan macam uptown tu sampai 2-3 pagi. Masa kiteorang jalan tu kebanyakkan kedai dah nak tutup tapi ada je yang bukak lagi. Kebanyakkan yang meniaga dekat situ kaum Cina. Kedai makan kat situ, banyak tak halal so aku suggest korang datang cuci mata ajelah bagi yang Muslim tu okay :) . Dah puas jalan jalan dekat situ, kiteorang pun gerak balik hotel, finally! Malam tu, ada sesetengah member aku yang nak borak lagi, tapi aku dah lama berlayar dalam mimpi haha.

Keesokkan harini nya, sepatutnya pagi tu aku nak bawak dieorang makan breakfast Roti Canai Kayu Arang dekat Kota Laksamana, tapi semua tak bangun lagi haha. Penat semalam masih bersisa katanya. Kiteorang keluar jalan sekali terus check out.

Day 2 begin!

Memasing perut dah berbunyi sebab tak breakfast, aku bawak dieorang makan tengahari dekat kedai Chicken Rice Ball. Nasi ayam tapi nasi tu dieorang bulat bulatkan haha kreatif kemain ek. Biasanya kedai ni memang kena beratur panjang tapi kiteorang datang agak awal, so senang je dapat tempat haha. Kalau nak jalan Melaka korang memang kena bersabar banyak okay sebab semuanya beratur :D .

Nak jimat, order lah air kosong macam kiteorang wakaka
Tapi serius nasi ayam dia sedap :)

Lepas memasing dah kenyang, aku bawak dieorang jalan jalan dekat Perkampungan Hang Tuah. Dulu tempat ni kecik je tapi sekarang dieorang dah renovate jadi besar sikit, siap ada rumah untuk saudara saudara dieorang yang lain #hanglekiu #hangjebat #hangkasturi , aku lupa hang satu lagi wakaka.

Museum check!
Dinda menunggu Bang Tuah habis belayar #rolleyes 

Lepas habis je melawat Muzium tu aku bawak dieorang makan lagi haha, makan je ek. Kiteorang pergi makan Mee Besen. Kedai ni viral sebab dieorang hidang mee sup dalam besen weh. Sesuai untuk korang yang datang ramai tu,mee dia tak kedekut plus banyak pulak tu. Aku suggest korang datang awal kalau taknak beratur haha. Tapi ade jugak yang pandai, dieorang reserved dulu, so bagi kiteorang yang walk in ni kena tunggu orang lain habis makan baru lah ada tempat duduk #smartpersonek .

Masa ni pun masing masing amik kerusi tanda meja haha
Lepas habis makan tu, kiteorang terus gerak balik Seremban. Aku lupa pulak hari Ahad memang jammed kalau dari Melaka nak ke KL :( . Nak ikut jalan dalam macam dah nak gelap pulak, so ikut ajelah highway. Nak dekat sejam jugak lah traffic slow sebab kereta makin banyak plus ada dua lorong je.

Masa ni semua orang membute, aku sorang layan jammed!

Alhamdulillah kiteorang selamat sampai. Aku rehatkan badan lepas sampai sebab dua hari drive kot, mau tak kejung kaki haha. Aku tak lupa minta maaf dengan dieorang sepanjang aku bawak dieorang jalan jalan ni sebab ye lah aku pun tak berapa pandai sangat jalan sana, nak gerak satu tempat pun Waze jadi pilihan :'| . Lepasni kalau datang Melaka ingat aku tau :")


See you guys in the next entry okay ")

Comments

Popular Posts