Minggu yang memenatkan !

Assalamualaikum !

Pe kabo ") Sejak habis trip #sekpenyu2.0 , serius aku busy gile! Bulan ni pun kalau diikutkan planner aku tu, penuh date assignment nak kena submit #pening . Kalau nak ikutkan tarikh, aku habis final exam 7 Julai nanti, tak lama dah "( tapi sebelum nak final exam ni banyak perkara tak selesai lagi hmm.

Dah tiga kali weekend ha, tiga tiga kali aku dengan laptop jek, bangun tidur cari phone nak tengok kena update ape, pastu bukak laptop balik, kengkadang aku tertidur tepi laptop, nasib baik kerja dah save awal awal, huh! Nak pulak minggu mingu busy aku ni dalam bulan Ramadhan. Mau tak gila, orang lepas Sahur mulakan hari baru kan, tapi aku, lepas Sahur baru tidur haha, dah malam jadi kelawar :| , bad habit aku jangan ikut okay ") .

Yang aku kalut sangat ni sebenarnya, ada dua report penting yang aku kena siapkan dengan perfect nya, huh. First sekali report praktikal aku, sebab bagi lecturer aku report ni senang #rolleyes . Dah la, ada something happen pulak lepastu. Mula mula nama senarai SV untuk report praktikal keluar, and guest what, aku dapat lecturer pangkat dia ketiga ke kedua tertinggi dekat kampus aku tu, adeh. Memang sah sah la dia takde masa sangat dekat kampus, aku pernah text dia weh tapi text harini esok baru balas haih. Tapi nak buat macam mana, dah kerja dia. Dah penat aku tarik tali macam tu aku biar aje lah report tu, aku fokus dengan VIVA je. Yang tu lagi lah nak kena perfect nya #cryinside . Tak lama lepastu aku dapat berita yang SV aku tu sakit, aku dah gabra nak buat macam mana ni, karang takde markah aku tak ke pening. Last last aku di transfer kan dekat KF, tak kurang busy jugak tapi boleh lah. Yang best kan kalau dekat Uni ni, kalau korang dapat lecturer lelaki and banyak pengalaman, dieorang confirm tak banyak songeh haha. Tapi kalau dapat yang baru baru ni hmm korang doa ajelah supaya okay #pengalaman .

Aku pulak tak tahu nak start macam mana nak buat report ni, tanya member lain sumer duk sibuk buat VIVA, aku pulak jenis nak siapkan mana senang dulu. Report VIVA lagi sakit kepala nak buat :( . Aku gagah ajelah buat sorang, nasib baik aku ada kenal sorang senior aku dulu, dia pernah praktikal dekat tempat sama aku praktikal dulu, so aku refer report dia ajelah haha. Aku buat report ni empat hari empat malam non stop weh haha, punya lah gila nak siapkan. Semua isi report ni aku cerita dengan ikhlas hati especially tentang pengalaman aku masa praktikal dulu, kengkadang masih teringat ingat lagi suasana keje dulu "( #rinduFelda .

Siap pun "( #cryinsideout
Tengah tengah busy nak exam ni pulak kerajaan buat election, nasib baik dapat cuti, tapi takde lah cuti lama sebab hari mengundi tu jatuh hari biasa tapi boleh lah untuk aku tunaikan hak sebagai pengundi haha #undiiturahsia . Korang kalau dah masuk umur yang ditetapkan boleh mengundi haa pergilah tunaikan tanggungjawab tu, dah la kita ni mengundi lima tahun sekali jek. Macam aku ni, first time mengundi, excited tu lain sikit. Masa sampai je Temerloh haritu, mak aih, perang bendera sungguh :') . Sepanjang perjalanan penuh dengan bendera parti masing masing, senang cerita, taknak kalah la , tapi aku dah ada pilihan sendiri huhu.

Aku dekat saluran 3 tau, pengundi muda haha
Ramai gila orang datang mengundi, aku je beratur setengah jam "(
Korang memang bersungguh nak tukar kerajaan ek :| 

Done menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
#PRU14 

Tapi PRU kali ni memang perjuangan habis habisan ek, sebab bila result keluar memang agak memeranjatkan lah jugak, sungguh tak dijangka! So secara rasmi aku ni kiranya sekarang berada dalam opposition party lah haha. Aku nak tengok je sejauh mana 'janji janji' tu dapat dicapati, eh ditepati :P .

Tahniah kerajaan baru.....................

Balik semula cerita aku okay, malas aku nak panjangkan cerita politik sebab parti politik aku dah kalah so aku malas nak campur hal politik dah haha #cryinside :'( . Lepas habis 'cuti mengundi' , aku terus fokus dengan events untuk subjek elektif yang aku amik ni. Aku je kot senior dekat sini haha, aku amik subjek ni lambat sebab aku ni special sikit, budak mengulang :( . Tapi aku yakin ada hikmah dengan semua ni, meskipun aku budak mengulang tapi perjalanan sem ni smooth je, alhamdulillah. Aku nak grad on time, sebab tu aku amik risiko amik semua subjek yang aku tak habis belajar lagi. Korang doakan aku kuat okay "( sebab kadang kadang aku selalu down dengan status aku ni :'( .

Aku dapat groupmate yang suam suam kuku hmm, tak sekepala langsung weh haha. Ada lah jugak borak sikit sikit tapi sikit ajelah, dieorang tahu aku senior and busy gile, so dieorang just mintak aku tolong sikit sikit je #thankGod . Kebetulan pulak lecturer yang mengajar subjek ni lecturer favourite aku, memang aku target A lah dari awal haha #imeanit . Masa events ni berlangsung pun, aku banyak menyendiri jek, bayangkan lah dalam kepala dah serabut dengan keje tak siap lagi tapi haritu seharian aku habiskan masa duduk melanggok je haha, okay lah boleh lah rest sekejap. Nasib baik booth sebelah aku ni roomates aku, dapatlah jugak aku borak sikit, nak harapkan groupmate aku, sunyi sepi haha. Tapi serius talk, booth kiteorang paling senyap, behave k #rolleyes .

Walaupun group krik krik tapi boleh tahan lah booth aku ni haha
Puji diri sendiri ") 

Selesai je events tu, aku kena pergi Kuantan untuk projek Research aku. Projek ni lah penentu transkrip aku, sebab aku memang budak bidang ni haha. Nak kata bertuah dapat partner dengan lelaki ni, bolehlah sebab si A ni banyak mengalah #rolleyes . Masa meeting subjek haritu, KP ada cakap siapa partner berlainan jantina ni memang tip top keje, aku nak gelak pun ada, nak sedih pun lagi lah ada haha. Macam macam perjalanan berliku aku hadapi dengan si A ni. Aku pilih dia ni pun sebab dalam geng aku mesti aku lah yang akan terpinggir nya, masing masing dah ada partner tapi aku je yang selalu solo so aku ajak si A ni join aku. Subjek Research ni pulak kena buat berdua, kalau tak sorang, nak buat sorang tak terdaya lah aku ni. Rasanya aku mula mengenal perangai si A ni dekat subjek ni lah kot, lain sangat orangnya "( . Tapi ada baiknya jugak dia berperangai macam tu, aku pulak jenis memang nak orang push, tapi kadang kadang anoyying jugak okay #rolleyes .

Si A ni asalnya orang Kuantan, kiranya senegeri dengan aku. Tajuk Research aku ni pun dia yang tentukan hmm asalnya aku nak buat dekat Seremban jek sebab kekangan masa kan tapi dia ni nak extra mark sikit, so dia ajak buat dekat tempat dia, memang extra mark plus extra money to invest lah kan hmm, tapi buat ajelah. Aku punya lah sampai bermalam dekat Kuantan kot sebab subjek ni, kenangan gila! Dah lah masa tu seminggu sebelum raya, memang sesak lah kan bandar Kuantan tu dengan segala umat manusia.

Lepas berbuka puasa malam tu, aku duk pekena air sambil tengok gelagat orang shopping barang raya,
seronok tengok orang berteman #terinduorangjauh

Aku buat Research tentang orang daerah Kuantan ni berpuas hati tak dengan kualiti servis yang diberikan oleh pihak MPK. Aku memang kena cari orang awam lah untuk menjawab persoalan aku, dah lah aku start lambat haritu, bulan puasa pulak, panas pulak #cryinsideout . Kiteorang cari responden area UTC Kuantan. Si A ni memang tak lari daripada perangai lambat dia tu hmm tapi best jugak, aku sempat beli barang raya since aku tak buat persiapan apa apa pun lagi untuk raya ni haha.

Aku tebalkan ajelah muka ni masa mintak orang awam jawab soalan kiteorang, alhamdulillah semua bagi kerjasama. Mungkin dieorang ingat kiteorang ni orang kerajaan kot sampai beria pesan suruh baiki servis haha. Tak kurang pulak dengan orang yang cakap pasal politik ni, mentang mentang PRU14 baru habis, beria maki kerajaan lama apehal! #sisemo

Senyum ajelah, buat apa stress ye dak, benda boleh bincang ") 

Balik daripada Kuantan, aku ada masa lebih kurang sepuluh hari je untuk VIVA, proposal aku pulak belum siap sepenuhnya lagi #cryinsideoutagain . Aku harap Allah bagi aku dengan kawan kawan aku yang lain kekuatan untuk menghadapi minggu minggu terakhir kami sebagai seorang pelajar. Aku rasa aku pun patut berhenti menulis kot sebab keje aku pun bersepah tak siap lagi wakaka.

Jumpa next entry okay ")

Comments

Popular Posts