Bye bye student life "(
Assalamualaikum !
Pe kabo ") Aku menulis lagi . Aku dah lama tak post entry sebab haritu laptop aku tetibe rosak weh #cryinsideout . Tengah kelam kelibut siapkan report Research aku ni, tetibe hang! Cuak tu toksah cakap lah, takut sangat semua keje hilang, back up dah la tak buat #bododisitu . Masa VIVA pulak memang kena guna laptop aku sebab laptop si A ni masalah jugak, nak tak nak melayang jugak lah beratus ratus ringgit membaikinya, memang sangat tak berbaloi okay!
![]() |
AKHIRNYA KAU SIAP JUGAK!
Despite of all that tears huhu
Boleh sambung Masters dah ni :'P
|
![]() |
| Masa lepas present VIVA, barai weh :'( Eye bag tebal mana enko tengok #cryinsideout Dah la tengah frust menonggeng mase ni #rolleyes |
Orang kedai tu pun cakap ni buat sementara aje, kalau nak tahan lama kena jaga dia elok elok, eleh macam lah aku campak laptop tu #rolleyes . Aku beli laptop ni dengan gaji keje aku yang pertama tau #sentimentalvalue , nak masuk Diploma dulu aku beli, tak silap tahun 2013. Dah lama jugak ek, tapi selagi tak jahanam buat apa tukar baru haha.
Aku nak cerita dekat korang moment last aku sebagai student ni haha sebab dah seminggu aku habis belajar Degree dan secara rasminya aku ni penganggur #rolleyes . Tapi aku tak biasa duduk je dekat rumah, aku kena cari jugak keje part time untuk tambah tambah sikit duit poket ni. Actually, daripada aku habis SPM sampailah belajar Degree ni, setiap kali cuti sem je aku keje, cuma masa cuti sem Degree ni aku tak dapat nak keje sebab keadaan CikJak CikJah yang tak berapa mengizinkan, dieorang prefer aku duduk rumah tolong dieorang.
Masa final exam haritu, member member aku ni ajak lah spend time together since nanti susah nak jumpa lagi :'( , yelah sebab sorang Barat, sorang Timur, sorang Selatan. Kalau nak jumpa balik pun masa kenduri kawin dieorang je, itupun dua orang daripada dieorang ni dah ada tarikh dah, memang kena save the date lah haha. Kiteorang ni dari dua kos, ada dari kos Sains Pentadbiran dan ada dari kos Pentadbiran Koprat, tapi still je dari fakulti yang sama cuma masa exam tu lain lain. Ade jugak daripada kiteorang yang amik paper sama, pastu study sama sama #unforgettable . Macam aku ni memang kena study group kot baru masuk sikit, sebab nota aku takdelah perferct mana, tulis pun macam benda tak berkaitan jek haha #badhabits tapi nota kengkawan aku penuh dengan ilmu :D . So aku suka bila buat study group ni sebab nanti sorang sorang akan terangkan point masing masing.
Masa dah nak habis exam haritu, kiteorang ada gab dalam lima hari tau, nak balik kampung pun macam tak berbaloi la sebab nanti dah balik selamanya kan haha. Kebetulan lecturer kiteorang ada buat open house dekat rumah dia area USJ. Dari tempat kiteorang ni dalam sejam jugak lah perjalanan campur tolak sesat tu haha. Kiteorang exam ni dalam mood raya tau haha sebab tak Uitm lah kalau tak exam masa raya #rolleyes . Aku boleh cakap kirenya ni trip #sekpenyu3.0 lah kan haha. Habis je paper kos member aku haritu, dalam tengahari kiteorang gerak pergi open house rumah Sir. Sampai sampai je bersepah student lain dah sampai haha. Sir ni ajar kiteorang masa Diploma Raub dulu, aku takde lah rapat mana dengan Sir tapi Sir banyak tolong aku masa buat subjek Research haritu.
![]() |
Thankyou Sir Jemy ajak open house ")
Siap kasi duit raya lagi okay :')
|
Lepas habis je bergelak gelek dekat rumah Sir, kiteorang gerak pergi rumah member kiteorang dekat Shah Alam, dah macam konvoi raya haa :D . Sampai rumah member ni, Ami, dalam waktu Asar, mak Ami pulak masak kueh teaw goreng, sumpah sedap gile! Aku dengan Leha tambah sampai 3 kali kot wakaka mungkin sebab sedap atau mungkin sebab kiteorang lapar :P . Aku pulak baru 2nd time kot datang Shah Alam sebab kalau pergi Selangor pun aku selalu pergi area Bangi rumah sepupu aku tu, jauh lah kan Bangi--Shah Alam kan #noob . Haritu macam banyak aktiviti makan makan je, ape function aku diet masa bulan Ramadhan ek #rolleyes .
Lepas kenyang perut makan dekat rumah Ami, kiteorang gerak pergi Setia City Mall, first time jugak aku sampai sana wakaka, dekat sana ada padang besar yang orang duk main main belon air tu. Nasib baik kiteorang taknampak sangat pergi beraya sebab some of us ada yang pakai baju kurung ada jugak yang pakai blouse #moodraya . Nak dekat sejam jugaklah spend masa dekat situ sebab nak tunggu member aku ni, Fahmi dengan awek dia datang, katanya nak join kiteorang #makinbertambahahli .
![]() |
| Mat Ri Aye ") |
Lepas Fahmi datang, kiteorang gerak pergi rumah kawan aku ni, Diba dekat area Kuala Selangor, makin jauh kan perjalanan haha. Aku paling suka bab jalan jalan ni sebab yelah siapa je tak suka haha. Aku suka tengok budaya dengan tempat orang tu sendiri. Sepatutnya kiteorang follow kereta Diba tapi dia pulak ada hal, aku pulak kena lead konvoi ni haih, aku dah la tak tahu jalan, nak tak nak pakai Waze ajelah haha. Tapi aku lupa nak set up Waze untuk jalan highway, dah lalu jalan kelapa sawit mana entah dia bawak, adeh! Aku macam cepatkan sikit perjalanan sebab hari dah nak gelap. Yang ni 2nd time aku datang Kuala Selangor, sebelum ni aku pernah datang sini masa kecik dulu sebab mak sedara aku orang sini.
Lepas penat lepak lepak rumah Diba, kiteorang gerak pulak ke rumah member aku yang seterusnya haha, rumah Kaka. Ramai member aku dah biasa pergi rumah Kaka ni, aku je tak sampai lagi huhu. Rumah Kaka ni dekat area Klang, aku pernah sampai Klang tapi aku dah lupa jalan mana sebab most of jalan Klang ni tak elok weh :| , dekat area pelabuhan kan memang sah sah lori besar dimana mana lah! Kiteorang decide untuk tidur dekat rumah Kaka malam tu, ingatkan nak keluar balik tapi masing masing nampak macam dah penat gile, tidur ajelah. Lagipun kesian member aku yang exam pagi tadi, malam tadi berjaga study so kena lah rehat sikit. Biasanya lepas habis sesuatu exam tu, kiteorang akan qada tidur tau haha sebab malam tu dah berjaga #studentlife .
![]() |
| One dekat rumah Kaka, thankyou mama masak sedap ") |
Besok tu, lepas habis breakfast dekat rumah Kaka dieorang ajak singgah IKEA sekejap. Aku pun follow ajelah since dah alang alang berjalan ni kan haha. Mak Kaka siap bagi bekal tau untuk kiteorang, sambal udang petai ") , so nanti bila sampai Seremban kiteorang just masak nasi ajelah #thankyoumama . Habis je tawaf IKEA kiteorang terus gerak balik Seremban, menghabiskan sisa sisa exam #backtoreallife .
Sehari lepastu, ada member aku ni ajak pergi rumah lecturer kiteorang masa study dekat Dungun dulu. Aku selalu nampak posting Sir dengan Madam aku ni dekat FB jek, nak jumpa depan depan tak de nya haha. Kebetulan Sir dengan Madam duduk dekat Nilai, berhampiran pulak dengan kiteorang, onz ajelah. Sir dengan Madam sama je tak berubah pun, cuma Sir up sikit lah tak lama lagi nak dapat pangkat Dr, Madam pulak kecik comel macam tu je, kiteorang je nampaknya yang naik badan wakaka.
![]() |
| One with Dr Elias and Madam Nadiah ") |
Aku ni boleh dikatakan antara yang special lah jugak sebab dapat merasa belajar dekat tiga kampus yang berbeza huu. Daripada Dungun ke Raub, now dekat Seremban pulak, bagi aku semuanya ada kelebihan masing masing, semua ada 1001 kenangan manis pahit aku. Terima kasih Uitm sebab bagi aku peluang untuk menjadi sebahagian daripada kamu !
![]() |
| Fakulti aku dekat sebelah kanan tu, Fakulti paling besar dan berpengaruh pelajar dia haha FSPPP dalam kenangan ") |
Dalam masa seminggu ni, aku tak habis lagi mengemas barang barang okay haha. Ye lah, dua tahun duduk negeri orang, memang banyak lah khazanah khazanah yang tersembunyi nye :'0 . Campur pulak dengan barang study Diploma dulu, tak ke banyak #cryinsideout .
![]() |
Orang Ganu cakak mende, amek nok, setambung buku ambe ")
|
Bagi aku semua ni memori untuk aku ceritakan pada anak cucu aku nanti ;') . Wan seronok sangat masa wan belajar dulu, sebab dekat situ wan jumpa dan faham apa ertinya SAHABAT :) dieorang lah yang banyak tolong wan masa wan susah senang belajar dulu ;') . Ade hikmah aku takdapat masuk Degree after Matrik dulu, rupanya Allah nak aturkan perjumpaan aku dengan dieorang semua :) .
![]() |
| Jumpa lagi korang :'( |
See you in the next post insyaAllah ")











Wahhh. So sweet 😍😘
ReplyDelete💞
Delete