3 minggu 3 jenis kerja "0

Assalamualaikum!



Pe kabo "). Entry kalini aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku dalam mencari kerja dan bekerja. Bagi aku pengalaman ni menarik sebab aku pun tak sangka perangai aku macamni :0 . 





Entry sebelum ni aku cerita yang aku ni baru je seminggu habis belajar, dalam masa seminggu tu CikJak CikJah tak henti henti lah suruh aku cari kerja. Member aku yang lain duk seronok seronok lagi menikmati cuti sem dieorang, tapi aku dah kena keje #damn . Aku nak lah berehat dalam dua tiga minggu ke dulu, orang kata baru nak merasa nikmat bangun lambat haha tapi takde makna lah. CikJak dah tak sanggup nak jadi bank berbayar aku kot wakaka. Ade tak keje goyang kaki dapat duit, aku serius nak join :P #sistakgurau

Dah nak putus telinga aku dengar dieorang bebel, aku pun mulalah cari kerja kosong area rumah aku ni. Malas gile okay! Pastu tak lama lepastu aku dapat call dari someone ni, dia suruh aku mai datang Interview (Iv) dekat syarikat dia tu. Aku dah lupa aku mohon kerja dekat mana sebab banyak gila attempt yang aku isi haha. Besok tu aku pergi lah, saje nak try dapat mood Iv. Masa mula mula aku datang tu, agak ramai lah jugak calon nya, sementara nak dipanggil tu kiteorang kena isi borang pengenalan diri dulu. 



Resume ek !

Aku tengok kakak sebelah aku ni kemain pengalaman dia, kalah aku yang fresh graduate ni huhu. Tak lama lepastu tiba giliran aku pulak, aku masuklah satu bilik office ni. Yang tukang Interview aku ni claim diri dia as Manager. Lepas je habis aku intro diri aku, pastu tetibe dia cakap aku dah pass first Interview ni, aku pun macam happy lah kan, dah pass haha walaupun aku tergabra sikit tadi. Pastu dia cakap esok mai lagi sini kita buat second Iv, aku pun macam pelik la asal nak kena ada second Iv bagai, tapi aku datang ajelah. 




Besok tu pagi pagi lagi secretary Manager tu dah telefon aku suruh datang ontime. Aku pun fikir bagus ek nak call bagai haha. Bila aku datang tu, tetibe secretary tu cakap harini aku kena buat kerja production sikit. Aku pun fikir, okay ni syarikat iklan mungkin aku kena belajar print lah kot tapi fikiran aku salah weh :'( . Aku kena ikut dua orang ni, sorang perempuan sorang lelaki edarkan flyer dekat sekitar Temerloh ni #cryinsideout . Mula mula tu aku pelik la kenapa nak kena edarkan bagai, then perempuan tu cakap, nilah keje production, aku blur sekejap! 


Aku rasa dalam resume semalam aku mintak position as kerani tapi kenapa kena edar flyer pulak ni #damn ! Tapi biar kan aje dulu, aku follow je pempuan dengan laki ni, dua orang ni nampak muda dan agak ramah. Yang lelaki tu cerita dia baru je join keje ni, tapi bagi aku dieorang ni macam terpedaya dengan janji jek konon lepas beberapa bulan edar flyers ni dapat position yang lebih baik, menipu aje tu! Keje ni lebih kurang je macam subjek Research aku dulu, kena cari responden, tapi kali ni aku kena bagi flyer and kalau bernasib baik jual barang yang diberikan. Weh, aku taknak :[ .

Tapi haritu seharian aku sabar je ikut budak dua orang ni, kalau ikutkan hati aku yang sakit ni, dah lama aku lari balik rumah, hareey punya Company, kelentong orang jek tahu! Bebudak ni boleh la enko kelentong, bukan aku okay :'( . Masa lepak lepak dengan dieorang ni aku try cari feedback orang tentang syarikat ni, and guess what, semua nasib sama macam aku #cryinsideout "( , semua kena tipu weh "( "( . 

Dah habis edar flyer, tick dekat kertas ni.
Nasib baiklah habis awal haritu, sepatutnya kena habis keje pukul 6 tapi aku macam pujuk dieorang suruh habiskan awal, dieorang pun okay je lah. Habis tu kiteorang kena pergi office balik sebab dua orang nak kena report dekat Manager hareey tu aku ni okay tak, memang sah sah fail! Sebelum nak jumpa Manager tu aku kena jawab kuiz sikit lah konon nya, walaupun aku tahu jawapan betul aku sengaje je jawab salah semua, biar dia tak amik aku bekerja. Tapi taktik aku tak mengena weh haha Manager harey tu cakap jawapan aku semua betul #wth . Then dia cakap tahniah bagai, anda layak and start keje dekat Kuantan since dekat sini semua dah penuh. Aku dengan nada terketar ketarnya jawab balik aku tolak kerja ni. Nasib baik Manager tu okay, tak marah ke apa, mungkin dah biasa kena reject kot haha. Keluar je bilik office tu aku terus berlari masuk kereta, aku shaking weh :'( sebab tak sangka kena tipu macam tu #cryinsideout



Aku ingat nak balik terus tapi aku call member baik aku, Atiqah mintak dia teman aku lepak kejap. Kebetulan dia pun baru habis kerja, so takde lah aku menganggu dia. Aku cerita balik semua yang berlaku haritu. Dia pun tak sangka ada company yang sebegitu hmm. Nasihat aku dekat korang tu, selidik dulu lah latar belakang company sebelum terima apa apa tawaran kerja, kalau jadi nasib macam aku ni tak ke naye :'( . Pengalaman pertama siap haha. 


Seminggu lepas tu, CikJah dapatkan aku kerja. Dekat kampung aku ni ada kedai runcit ala ala mini market tu, baru je bukak ni. CikJah selalu lah jugak membeli belah dekat situ haha, takat beli sayur ajelah sebab boleh tahan jugak harga barang kedai ni, walaupun kedai kampung harga dekat NSK murah lagi kot #rolleyes . Sebenarnya aku malas lagi nak kerja tapi sebab CikJah kan, hmm pergi ajelah, alang alang boleh jugak kenal dengan orang kampung. Kiteorang pulak baru je pindah sini, especially aku yang baru official duduk sini, memang orang tak kenal sangat lah haha.

Tapi malangnya, aku hanya mampu bertahan keje situ sehari je haha tak pernah pernah kot aku keje sehari je #LOL . Sebenarnya aku ada sebab sebab aku yang tersendiri kenapa aku mampu keje sehari je. First sebab aku dapat shif petang since shif pagi dah penuh. Start keje pukul 4 petang sampai lah 2 pagi. Sebab kedua, habis keje pukul 2 pagi kot! Memang lah jarak kedai dengan rumah aku dalam 500 meter je tapi hmm susah nak cakap lah, kampung ni lain sikit, penduduk dia takde lah baik mana #rolleyes . Sebab ketiga dieorang cakap tak serupa bikin! Memula aku dijanjikan untuk keje as cashier, tapi hari aku datang keje tu aku kena susun barang, haih bengang gile rasa. Aku ada mintak transfer keje pagi tapi dah penuh, lagipun dieorang cakap kalau keje pagi kedai kena bukak pukul 6 pagi. Bagi aku baik mula keje pagi daripada balik pagi, huh! Biasalah beginner kalau baru je masuk keje agak tak tahu sikit nak buat keje apa, same goes to me haha. Lepas solat Asar tu, aku balik rumah jap, nak rehat sekejap, dua jam lebih tak boleh duduk kot #manja , pastu nasib baik tak payah thumbprint kalau tak terpotong lah gaji aku yang tak seberapa ni. Time solat Maghrib pun aku balik jugak wakaka. Malam tu customer tak ramai sangat so aku bolehlah duduk kejap, amik angin sikit, buang masa sikit #rolleyes .

Ngulor ")
Sumpah aku dengki gile dengan cashier tu sebab dia duduk je all time weh :| , customer tak jumpa barang kemain dia teriak aku, tak senang betul! Engko aspect aku masuk keje 3 jam terus hafal kedudukan barang kedai ni, memang tak lah! Dari mula masuk tadi aku dah tak minat nak keje sini tambah pulak perangai kerek kau tu, hmmp terus rasa nak berhenti :/ . Malam tu kalau diikutkan minah tu, dia nak tutup kedai lambat sikit sebab entah, suka berembun agaknye #huh , tapi aku macam tak sedap hati sebab ramai budak budak muda lepak kedai makan sebelah ni, nampak macam kanyo pun ade haih. Aku macam push la minah tu suruh tutup kedai awal sikit, lepas aku settle masukkan barang sumer aku terus pecut balik rumah weh hahaha. Takut jugak kalau dak dak kanyo tu ikut aku #cryinsideout . Aku balik tu CikJah CikJak tak tidur lagi rupanya, dieorang tunggu aku balik. Kesian dieorang, tak pasal pasal tidur lambat sebab aku haih. Esok tu tengahari jugak lah aku bangun haha topup tenaga semalam, berdiri lama sampai sakit semua badan aku #takbiasa . Tengahari tu aku dapat call dari seseorang ni, dia tawarkan aku keje, dia mengayat aku baik punye sampaikan aku amik keputusan taknak dah keje kedai tu haha #skills . Aku call owner kedai tu cakap aku dah berhenti keje, dia ada tanya kenapa aku cakap terus terang aku taknak balik pagi. Aku malas nak dengar dia cakap ape, aku terus potong line #puas ! 

Rupanya yang call aku tu tauke kedai cat dekat Temerloh ni. Aku baru teringat yang aku ade isi borang keje dekat kedai tu, tak sangka pulak dia terus call. Dia interview aku dalam phone je since dia agak busy. Pastu dia mintak aku datang kedai dia keje terus, nanti dia ajar nak kena buat apa. Tauke tu beria lah cakap keje ni sesuai dengan aku bla bla bla, aku nak reject pun tak sampai hati weh sebab tauke ni nampak beria sangat nak aku keje sana haih. So aku datanglah keje dekat kedai ni pada hari lahir aku #060818 . Hari jadi firstday keje kedua, best luck ever #rolleyes ! Aku start keje pukul 8 pagi sampai 6 petang, ni sekali tolak aku rehat sejam okay lah tu. Aku ade partner lelaki, Yen, dia dah dekat dengan tauke ni dalam 2 ke 3 tahun jugak. Aku pun kekorek sikit lah perangai tauke ni macam mana kan haha. Aku pun dulu pernah keje dengan kaum ni, so tahu lah perangai sikit sikit. Kedai Cat ni milik sepasang suami isteri, Tauke M dengan Tauke K, actually kedai ni asalnya milik ayah si M ni, Y. Y dulu keje tukang cat, sekarang pun still mengecat dengarnya cuma kedai ni dia kasi anak anak dia handle. Cuma kalau Y ni datang, aku kena hormat lebih sikit lah haha tauke beso! Kedai dekat Temerloh ni kiranya second branch dieorang lah sebab the main one dekat Bera. 


Kedai dekat Temerloh ni baru lagi bukak, so orang tak kenal sangat, so tauke ni tugaskan kiteorang untuk edarkan kad dekat mail box rumah rumah kat taman sini.
Extra effort katanya #rolleyes 


Haritu, aku kena berdiri 6 jam weh #cryinsideoutharder . Aku ingatkan keje kedai runcit je penat, ni lagi penat weh "( . Tauke M yang trained aku and memang dia trained aku gile gile lah :| sebab dia nak customer service paling baik punya #mampos . Hari pertama tu dia ajar aku basic thing pasal cat. Cat apa, jenama apa, jenis apa, harga apa, berapa liter ada, belum masuk kiraan satu tong berapa luas kawasan cat ni boleh cover #mampos . 


Macam contoh cat ni cat Jenama Nippon, function yang belah kiri tu cat siling kapur gred baik punya, yang belah kanan untuk cat dalam, shining sikit sesuai untuk cat ruang tamu. Based semua cat ni putih tau, kalau nak colour pun boleh, enko pilih je colour yang enko bekenan dekat katalog cat tu, ada mesin tolong bancuhkan jadi warna pilihan korang ")


Tauke tu bagi aku buku dengan harapan aku menconteng lah apa yang dia terangkan,
dengan harapan ek :] 

Tauke M ni trained aku sehari je, lepastu dia nak tengok macam mana aku applied apa yang dia ajar tu, ceh bunyi macam belajar Law je haha. Tapi aku ni bukan fast learner, Yen banyak tolong aku kalau customer tu tanya soalan pelik pelik haha. Tauke M kasi aku masa seminggu samada aku past tak ujian ni. Lepas habis seminggu tu, Tauke M still tak berpuas hati dengan prestasi aku, so dia cadangkan aku ditransferkan ke Bera tiga hari. Kedai dia dekat Bera tu ramai customer, orang Felda beli katakan haha. Aku pun tak boleh nak bantah apa lah kan, dia bos, padahal dalam hati ni hmm Bera kot, nak dekat sejam jugak drive tu apetah lagi ulang alik. Jalan Temerloh-Bera pulak dalam penambahbaikan, memang jahanomm kereta aku #cryinsideout , pergi ajelah :[ .

Selain jalan yang jahanom tu, aku perlu berlumba yerp dengan lori lori badang ni #siscry 

Dekat Bera ni ramai sikit pekerja dia, takdelah ramai mana tapi meriah sikit lah sebab dieorang ni masing masing rapat, dengarnya sebab duduk dekat dekat. Ada sorang kakak ni keje lebih kurang lama dengan Yen, dia handle branch Bera ni, kira macam apa apa je tauke cari dia. Kat sana, aku kena trained bawah dia lah. Tapi entahlah, ramai mana trained aku pun, dalam hati ni tak minat je nak belajar pasal cat haha, sebab tu payah nak ingat kot hmm relate!

Hari pertama dekat Bera dah kena check stok berlori lori sampai #luckyme
Dah la kena check laju laju, kalau salah sikit tauke tu bising haih
kita ni dah la slow learner "(
Lepas stok sampai, enko rase aku duduk senang lenang ke, kena susun okay cat yang berat gile tu #cryinsideoutharder "(
Macam aku cakap tadi, based setiap tong cat adalah putih tau, bukan warna putih ekk sebab kalau nak warna putih, memang ada kod warna putih tu tersendiri #kakkinshare . Kalau korang pergi kedai cat, nanti korang akan diberi katalog warna tau. Dekat situ, memang kompem korang rasa semua warna lawa haha. Sebab apa aku cakap lawa, dekat katalog tu nanti akan ada pecahan pecahan warna dia. Contohnya kau suka warna biru, sampai je dekat katalog tu, kiteorang akan beri korang tengok jenis jenis warna biru, ada biru gelap ke arah hitam, ada warna biru terang ke arah kuning haa #kakkinshare . Kita macam masuk kelas seni pulak ni wakaka, okay warna biru ni antara warna based tau untuk dijadikan warna lain, sebenarnya warna warna yang banyak tu adalah campuran tiga jenis warna iaitu merah, biru dan kuning. Sebab tu kalau korang nak beli cat antara ketiga warna ni, harga dia mahal sikit, especially warna terang.

Nak buat warna warna ni, ada mesin yang tolong buatnya haha. Sebab tu dekat katalog tu ada kod warna. Bos aku paling tekankan bab ni, sebab sekali dah bancuh warna memang tak boleh tukar dah. Kiteorang memang kena tanya banyak kali dekat customer, kalau salah alamat potong ler gaji aku haha. Dalam mesin ni bukan ada tiga warna tadi je, ada lagi warna warna lain lebih kurang adik beradik dengan dia lah.

Aku paling suka topup colour machine ni tau haha 
walaupun aku tahu aku akan comot lepastu ah janji seronok wakaka
Dalam masa tiga hari aku kena kerja dekat Bera ni, CikJak diam diam pergi tanya kerja kosong dekat RnR atas tu. Stesen minyak lebuhraya tu ada kosong katanya, CikJak siap amikkan borang kerja lagi haha. Dia suruh aku isi, mana tahu aku dapat keje ke, dekat pun dekat. Lepas je aku hantar borang tu, tetibe bos situ terima aku bekerja #LOL . CikJak lah paling happy sekali sebab keje dekat dengan rumah haha. Aku pulak berbelah bahagi sebab aku dah mula suka dengan enviroment kerja sini #mixfeeling . Tapi disebabkan aku ni ada masalah kewangan, aku terima ajelah keje stesen minyak tu. Tauke M tak bagi aku berhenti keje sebenarnya, tapi aku buat alasan nak sambung belajar, dia tak boleh buat apa lah haha #sorrytauke .

16 hari je aku dapat keje dekat kedai cat tu #rekodperibadi haha. Masa hari last aku keje tu, aku pelik lah kenapa geng geng kedai Bera mai datang sini, rupa rupanya dieorang nak ajak makan makan sempena aku last keje situ, I am touched okay "( . Bangsa tu punyalah jaga pekerja dieorang, macam mana lah kita tak sayang nak lepaskan keje tu "( Wahai bangsa aku tolonglah ikut perangai ni, hargai pekerja anda!

Budak ni selalu datang kacau aku dekat kedai tau, dia anak tauke kedai sebelah ni, mak dia orang Indonesia while ayah dia Chinese, jadiklah muka dia tu hahaha 
Kakak dah takde nanti jangan tanya tanya abang Yen pulak ek kakak pergi mana hmm

Hari tu kedai tutup awal sebab bos ajak keluar makan, bak kata dieorang makan besar wuu ") . Makan makan sambil gelak gelak, rasa macam ada abang kakak kejap hmm. Malam tu siap makan dekat dua jenis kedai kot haha nasib baik Tauke mood baik harini melayan je kiteorang. 
Thank you geng ") 

Aku berhenti keje dalam seminggu sebelum aku mula kerja dekat stesen minyak tu. Tapi nak disembangkan nya adalah 3 keje dalam masa 3 minggu, memang rekod peribadi sunggoh haha. Ni kaalu aku tulis dalam resume pun, okay jugak, kasi nampak wuu budak ni banyak experience haha padahal tak tahan keje #dasarpemalas . Aku berhenti menulis dulu ek. 



See you guys in the next entry okay ")  plus semoga aku dapat bertahan lama dekat stesen minyak tu wakaka. 

Comments

Popular Posts