Pahit manis 2018 versi aku ")
Assalamualaikum !
Pe kabo 2019 ") . Aku tetibe dapat mood kerajinan menulis pulak tengah malam ni "D . Jadi untuk entry kalini aku nak summarize kan dekat korang apa benda yang aku buat sepanjang tahun 2018 ni, bunyi nya macam banyak je kan aktivitinya haha.
![]() |
| 2018 done ! |
Awal tahun 2018 haritu, aku dapat peluang berlatihan industri dekat FGVPH. Pengalaman yang sumpah aku takkan lupa sampai bila bila. Walaupun aku berlatihan industri ngam ngam 2 bulan je, tapi pengalaman aku tu rasa macam dah keje bertahun haha. Kalau korang baca entry aku sebelum ni, kebanyakkan nya cerita pasal outstation Felda je "P . The thing was, serius aku memang have fun gile keje dekat sana, staf dia baik baik even bos besar pun friendly. Kenapalah aku tak lama keje dekat situ haih.
![]() |
| Rindu "( |
Lepas habis berlatihan industri, aku masuk belajar balik, menghabiskan sisa baki semester akhir. Semester yang paling busy sepanjang aku belajar haha . Dua tahun ulang alik Temerloh--Seremban, my work hard paid off, alhamdulillah! Aku mula mula tak percaya tau sebab 8 paper masa semester akhir, gila tak gila aku ni tapi nak grad punya pasal sanggup amik risiko phuh. Nasib aku baik sebab aku ada support system yang sangat membantu. Aku rasa kalau takde dieorang ni tak merasa lah aku grad on time :') .
![]() |
| Misi jubah satu line done ") |
Kalau korang tahu macam mana struggle nye aku nak daftar masuk belajar dulu, mesti korang sedih "( . Sampai bila bila aku takkan lupa peristiwa pahit tu, CikJak dengan CikJah sakit terlantar dekat hospital berbulan bulan, aku pulak dalam dilema sama ada nak teruskan belajar ataupun jaga keluarga dulu :'( . Dengan keadaan aku yang solo ni, takde orang nak bagi aku nasihat/petunjuk jalan kehidupan haha. Aku pernah menagis 2 jam tak henti henti dekat bangku wad kecemasan HOSHAS sebab masa tu aku memang dah tahap berputus asa gila, sikit lagi nak menyalahkan takdir Nya. Aku marah kenapa aku yang di beri ujian sebesar ini "( . Masa tu aku tengok je satu family ni duduk gelak gelak bahagia, aku jadi rindu dengan CikJak CikJah yang sihat dulu "( . Tapi aku tak menyalahkan ujian ni sebab aku tahu,
Allah tak uji hambanya kalau hambanya itu tak mampu :') .
![]() |
| Hati siapa je tak luluh kan kalau tengok ibu sendiri terlantar tak sihat macam ni "( |
Lepastu aku ada share dengan korang pengalaman aku bekerja kejap tu. 3 kerja dalam masa 3 minggu haha, pengalaman yang aku takkan lupa! Perkara ni jugak sebenarnya mengajar aku betapa susah nak mencari rezeki ni nak nak spesis macam aku ni yang jenis tajaan PaMa dari dulu lagi, bila dah kerja baru tahu betapa susah CikJak cari rezeki dulu huhu "( . Sebab tu kadang kadang bila aku down penat kerja, aku ingatkan diri aku balik air muka CikJah CikJak yang mengharapkan rezeki aku pulak, terus rasa down tu digantikan dengan semangat membara haha. Alhamdulillah kerja keempat ni serasi dengan aku "P walaupun pada mulanya aku agak down, sebab baru je masuk kerja dah kena maki dengan customer :| . Air mata aku pulak senang pulak turun, nampak sangat hati tisu ni haih "( .
Part paling sedih untuk tahun ni aku rasa aku dengan rasminya bergelar 'single' balik huhu. Nasib baik tak show off sangat relationship tu, takde lah nampak sangat berpunya "0 . Tapi takdelah tak show off mana, dekat Twitter penuh je aku update pasal dia hmm. Hampir empat tahun menyulam kasih, tak kesampaian kisah cinta kami huhu. Aku tahu semua ni salah aku, ego tak bertempat damn tapi itulah mungkin Tuhan tak mengizinkan kami bersama "( . Sejujurnya aku memang dalam fasih 'move on' lagi, kalau ingat balik dulu aku kemain kondem kengkawan aku yang patah hati tu sekali terkena dekat batang hidung sendiri, seminggu jugak lah fikiran aku ni terganggu. Nak pulak masa 'break' tu aku tengah kelam kabut nak presentation VIVA, memang aku tengah serabut habis tapi alhamdulillah aku dapat 'lupakan' sekejap masa nak present tu haha. Dapat ke? Dapat lupakan sekejap je lepastu sambung meroyan balik haih, aku punya lah down sampai tahap aku keluar tengah malam meronda satu bandar Seremban tu! Bukak lagu jiwang kuat kuat, lepastu berhenti tepi jalan menangis menyesal bagai. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur hmm, nak tak nak aku kena terima dengan hati yang sangat terbuka yang kami dah tiada jodoh "( "( . Sejak aku bekerja dekat stesen minyak ni, sedikit sebanyak aku dapat melupakan dia "( . Kengkadang aku ade jugak berharap dia muncul balik mintak sambung balik relay ke haha tapi tak akan mungkin berlaku, never! '
![]() |
2018 jugak aku memulakan kerjaya aku sebagai juruwang di sebuah stesen minyak lebuhraya haha. Masuk Januari ni dah empat bulan lebih aku bekerja, kira lama jugak lah ek aku bertahan "P . Aku bertahan pun sebab aku suka enviroment keje sini, memang aku kerja dengan Bangla, aku tak malu pun mengaku aku kerja dengan dieorang sebab hati dieorang baik, bahkan lagi baik daripada pekerja Melayu dekat situ haha. Perkara lain yang aku tak suka, kerja ni guna shif "( . Shif aku mula pukul 4 petang sampailah 12 tengah malam, 8 jam kerja and kalau boleh tak payah duduk langsung :| . Aku dah la balik tengah malam, bangun sah sah tengahari buta lepastu petang dah masuk kerja, macam takde life je bunyi dia kan haha. Aku lebih suka berehat rehat pada waktu malam, so bila dapat keje malam ni macam terbatas sikit lah aktiviti malam aku huhu. Aku pernah kerja stesen minyak dulu, tapi bos dekat situ ada buat sistem gilir gilir, seminggu pagi seminggu petang, adil lah kan. Even masa aku kerja stesen tu dulu akak tu ada je anak nak dijaga tapi boleh je masuk kerja petang, kalau stesen sini perkara tu jadi 'kelonggaran' tau so pekerja bujang macam aku ni bolehlah kerja malam #huh . Sabar ajelah!
Aku tak suka buat perkara yang sama je setiap masa, kalau tak aku senang bosan, sebab tu dalam relationship, kalau tak bergaduh tak best tau, kena ada gaduh jugak sikit sikit wakaka. Kalau korang follow Instagram aku, ada masa tu penuh story aku berjalan jalan "D . Masa 'off' macam ni lah masa untuk diri aku explore sebenarnya. Masa aku study dulu, aku selalu berangan kalau aku dapat travel dengan duit sendiri kan best! Now aku cuba buat apa yang aku berangankan tu and aku rasa macam penat lelah bekerja tu berbaloi tau. Memang gaji aku kecik tapi aku still dapat merasa erti travel tu walaupun jalan dekat dekat je ") , InsyaAllah boleh pergi jauh kalau aku pandai saving haha.
![]() |
| Tempat pertama aku pergi lepas dapat gaji bulan pertama haha, Genting Highland terus ") Acah nak angin sejuk wuu |
![]() |
Bulan seterusnya dapat pergi Bukit Gambang Resort City ")
Belajar tengok harimau balik wakaka
|
![]() |
Yang ni tempat paling latest aku pergi untuk tahun 2019 haha
Kuala Gandah Lanchang Pahang
Belajar tengok gajah pulak ehek
|
Aku suka reward diri sebab kita dah penat bekerja kan, badan dengan minda ni pun nak release stress jugak, takde ruginya spent duit sikit untuk diri sendiri :') .
![]() |
| Definition self reward = kachingg duit berterbangan |
Penghujung tahun tu pulak, member baik aku, Aisyah dapat baby ") . Aku start berkawan dengan dia dari umur 16 tahun sampailah sekarang, dalam 8 tahun jugak tu haha tapi dia kawin dulu #rolleyes . Yang aku bangga tu, dia kawin dengan orang yang sama dia bercinta bertahun tahun dulu, hubungan dieorang bertahan lama walaupun berbeza umur. Aku ada jugak tanya apa rahsia hubungan korang kekal lama, simple je jawapan dia, trust!
![]() | |
|
Begitulah sedikit sebanyak perkara yang terjadi dekat aku sepanjang tahun 2018. Kita dah masuk seminggu dalam tahun 2019, apa yang korang rasa? Aku rasa sedih sikit lah sebab umur makin bertambah tapi jodoh tak muncul lagi haha "P . Awal tahun ni mesti masing masing dah ada target nak capai kan, aku doakan semoga target korang tu tercapailah, jangan ke laut pulak haha.
Secara jujurnya, aku bukan lah sejenis "target person" , sebab aku sedar diri, apa yang aku buat semuanya separuh jalan haha. Tapi tipulah kalau aku cakap aku takde target, ade je, tapi aku rasa lebih kepada angan angan yang kalau ada usaha yang gigih mesti tercapai ") . Perangai aku ni pelik sikit, banyak confuse je dari mula sampai akhir #rolleyes . Diharapkan pada tahun baru ni, perangai aku tu beransurlah hilang ek haha.
Okaylah, mata aku pun dah berat ni. Jumpa dekat next entry ek ")












Comments
Post a Comment