Hai Terengganu, ambe datang lagi ")

Assalamualaikum !

Pe kabo ") . Aku mulakan aktiviti tahun ni dengan melawat ke negeri Terengganu ") . Bukan melawat lah, macam tak kena je bunyi dia haha more to mengimbau kembali masa mula mula datang sini dulu agittew "P .

Bukan beshe beshe dah Terengganu sekarang "P
Aku rasa macam ade dekat New York je ni haha

Last datang sini kalau tak silap aku, dua tahun lepas. Masa datang haritu pun dah banyak perkembangan semasa negeri ni yang membuatkan aku kagum gile #wuu , patutlah orang Terengganu sendiri taknak 'keluar' daripada negeri dieorang, sesuai lah tagline negeri ni ' Negeri cantik orang nye pung molek molek' ") .

Kepergian aku kali ni sebab member rapat aku nak nikah # alhamdulillah . Dieorang dah mintak aku locked tarikh sejak last semester dulu lagi dah haha #awalgile . Aku pulak memang tak boleh nak tolak, nasib baik bos bagi cuti. Memula tu agak susah lah jugak bos nak approve cuti sebab masa kenduri tu diakhir cuti persekolahan, confirm lah ramai customer tapi peduli ape aku haha.

Aku pergi dengan member baik aku, Mia #shestaken .

Bukan Mia Toretto yerp "]

Aku saja nak ikut jalan lama, ala jalan Cherating tu sebab dulu masa aku study dekat Terengganu, jalan ni lah bas aku lalu. Bas jarang lalu ikut highway, selalunya memang ikut jalan lama. Aku ada singgah minum dekat restoran sama yang bas aku singgah dulu. Kedai tu masih tak berubah :) . Masa aku naik bas dulu, aku jarang singgah makan dekat sini sebab takut tertinggal bas haha, setakat turun pergi bilik air dengan beli jajan je.

Lepas tu kiteorang lalu bandar Kemaman. Aku tak tahu lah kenapa rasa macam tenang je bila dah masuk negeri ni, mungkin sebab aku lalu masa hari Jumaat kot, orang takde sangat hahaha. Terengganu ni cuti hujung minggu dia hari Jumaat Sabtu, berbeza dengan negeri negeri lain, sebab tu kalau pergi Kuantan hari Jumaat rasa macam hari minggu je, ramai sek demo maghi turung haha #siscuba .

Paling sebak sekali masa aku lalu dekat Paka. Dekat situ kan ada pusat penapisan gas Petronas, aku tiba tiba teringatkan seseorang, walaupun dah setahun berlalu namun semua kenangan manis tu seakan susah untuk aku lupa, entahlah mungkin hati ini belum redha sepenuhnya melepaskan dia pergi :'( #sisokay . Move on perlu masa kan :') .

Lepas nampak je pintu gerbang 'Selamat Datang ke Dungun' ape lagi tersengeh sengeh lah kiteorang sebab masing masing ada kenangan dekat sini ") . Macam Mia ni boyfriend dia memang orang Dungun, lagi lah dia menyengeh beria haha. Bagi aku, Dungun menyimpan 1001 memori indah suka dan duka kehidupan remaja aku, disini aku berjumpa dengan sahabat dan disini juga aku berjumpa dengan 'cinta' , tapi malangnya cinta yang tidak berkesampaian huhu #tutupcerita. Aku ajak Mia ronda masuk dalam kampus sebab rindu sangat nak tengok suasana dalam tu, asyik tengok dekat Facebook je, tak puas!

Dulu masa aku study dekat sini, PB (Polis Bantuan) tegas gile tau! Dia boleh agak kalau yang hantar enko masuk dalam tu BF ke, antara yang selalu kena tahan tu aku lah wakaka, zaman lalu okay #rolleyes . Tapi haritu PB kasi je masuk dalam tanpa tanya apa apa, selamat!

Kampus ni makin cantik dah aku tengok, makin banyak pokok pokok bunga ditanam. Even kemudahan meja kayu tu pun dah banyak, kalau nak buat assignment menghadap pantai pun selesa habis! Kenapa aku jatuh cinta dengan kampus ni, sebab ia menghadap laut! Aku pulak sea lover, memang kena lah kampus ni dengan jiwa aku "D . Sepanjang study dekat sini, aku duduk dekat kolej. Nama kolej kolej dekat sini pulak sempena nama pulau di Terengganu ni ") . First semester aku kena duduk kolej Redang. Kolej ni memang dikhaskan untuk pelajar semester satu, mula mula tu menangis lah jugak sebab nak pergi mana mana semuanya jauh "] , tulah punca aku kurus masa aku duduk sini wakaka.

Aku korek gambar trip dua tahun lepas ajelah since pergi kalini tak sempat nak amik gambar kolej Redang hehe
Alumni masuk kampus, muka bangga memasing ek "D 

Naik semester dua sampailah semester empat aku dapat duduk kolej depan, kolej Duyung. Sebut je nama kolej tu, semua student memang tabik ah sebab kolej tu untuk yang berjawatan dalam Uni sahaja wuu bangga sikit #rolleyes . Penghujung semester satu tu aku punyalah risau takut kena duduk rumah sewa. Jadi aku terpaksa lah involve dengan aktiviti persatuan Uni kalau nak duduk kolej lagi huhu. Bagi aku kolej Duyung ni dah ibarat hotel tau haha sebab betul betul menghadap laut! Kalau aku stress belajar malam malam, aku pergi je melepak dekat tangga hujung koridor tu huhu. Orang cakap kalau still melepak sampai tengah pagi akan nampak 'benda' pelik pelik datang tapi aku tak nampak pun #phuh #nasibbaik . Tapi serius tenang je bila dapat dengar bunyi ombak, haih masa aku tengah menulis ni pun duk terbayang suasana tu lagi "( .

My favorite college ever!
So sorry gambar dalam kawasan kampus aku tak dapat nak upload banyak sebab aku drive mase tu, tak dapat nak ambik gambar sangat "( .

Uni aku ni terletak dekat belah hujung, kiranya last sekali haha. Pastu hujung ni ada satu pusat riadah tau, nama dia Pantai Telok Gadung. Dekat sini memang port bebudak ni lepak, makan minum plus orang luar cuci jodoh tengok awek Uni #eleh .

Masih belum berubah ")
Kayu tu ada lagi "(
Dekat sini ada beberapa kedai makan tau. Masa aku study dulu, member member aku pakat simpan nombor telefon kedai kedai ni sebab kalau nak order just mesej je. Nanti dieorang bagi makanan tu through pagar kiteorang haha. Menu famous masa tu nasi bujang, member aku Si Mekwa ni memang peng order setia lah kalau dah penghujung sem tu "D . Selain dari nasi bujang, ABJ pun femes jugak tau dekat sini.

Minum ABJ plus makan keropok lekor, kena pulak angin pantai sepoi sepoi, memang layan habis ")
Rindu nak lepak sama sama "(

Kalau dulu, habis je kelas petang memang ada sokmo lah muka aku menempel dekat kedai kedai ni, kalau tak makan melepak, usha abang abang yang kerja dekat Paka tu, alhamdulillah dapat lah sorang dua hahaahhaa #rolleyes .

Nak dekat sejam jugak lah kiteorang habiskan masa dekat area kampus tu. Lepastu kiteorang terus gerak ke Kuala Terengganu. See you again Dungun "( .

Otw nak g Kuala Terengganu tu singgah beli favorite food aku jap dekat Rantau Abang ")
Sedap gile !

Nasib baik Mia dah book hotel haritu, tinggal nak check in ajelah bila dah sampai Kuala Terengganu nanti. Malam tu, member member kiteorang ajak keluar makan since dah lama tak jumpa, last jumpa haritu pun lepas habis paper akhir degree "( . Kiteorang lepak tak lama sebab aku dengan Mia ni macam penat sikit harini, mana tak penat nye weh, orang pergi Kuala Terengganu berapa jam je, kiteorang nak dekat 9 jam kot haha.

Esok nya lepas habis breakfast, aku dengan Mia terus bersiap sekali check out. Kebetulan member aku, Alia menikah dekat dewan depan hotel ni, jadi dekat lah sikit nak gerak. Tapi aku tetap keluar awal sebab nak pergi amik member aku dulu, Mekwa, dia belajar dekat kolej jururawat Hospital Kuala Terengganu ni. Aku pun tak sangka Mekwa ni boleh nak jadi jururawat haha sebab kalau tengok dia dulu dengan sekarang haih banyak beza lah, tapi part 'kering hujung sem' tu masih belum berubah ye rakan rakan "D .

Kiteorang lewat seminit je, kalau tak kompem sempat tengok Alia, akad nikah, ni semua selfie punya pasal la haha. Alhamdulillah, tahniah AliaXAmirul, sekali lafaz je ek ") . Alia buat majlis akad nikah je dulu sebab ayah dia tak sihat sangat, resepsi buat kemudian katanya :) .

Congrate AliaXAmirul ")
Jodoh masa belajar yerp 

Lepas majlis akad nikah Alia, kiteorang gerak terus ke kenduri member aku sorang lagi, Dayah.

Tahniah HidayahXRusydan ")
Jodoh dari sekolah yerp
Dua pasangan ye, bukan satu haha. Dieorang berdua ni memang friendship goal lah sebab dari Diploma, Degree sampailah kahwin semuanya nak buat sama sama "P . Aku sampai rumah Dayah agak lambat, dalam pukul 2 petang tapi bila aku sampai je tetamu dah lengang. Aku pelik lah sikit sebab kalau dekat kawasan rumah aku ni, waktu macam ni tetamu tengah ramai lagi haha.  Memang orang sini suka datang kenduri awal awal ek "0

Aku sempat lepak lepak kejap dengan dieorang, lepastu aku mintak diri nak balik pulak.
Antara sekpenyu yang hadir ")

Aku ni drive sendiri, member member aku pulak kebanyakkan nya dari KL and dieorang tu semua nya naik bas. Dengarnya ada yang balik esok tu sebab nak cuti lama sikit. Sebelum balik tu, Mekwa bawak aku pusing pusing dekat Drawbridge Kuala Terengganu.

Bukan beshe beshe Ganung lening "P

Masa aku pergi haritu jambatan ni tak siap lagi, tapi sekarang aku dengar dah buka untuk laluan kenderaan, memintak aku datang sini lagi lah tu #rolleyes , dah puas bergambar aku hantar Mekwa balik. Lepastu aku dengan Mia sempat menyinggah beli keropok sikit sebab nanti aku nak ikut jalan highway masa balik ni, takut tak jumpa keropok pulak haha.

Aku amik masa dalam 5 jam lebih je untuk sampai sebab aku target nak sampai rumah sebelum Maghrib. Aku drive dalam 140km/j kot lepas keluar daripada tol Gemuruh tu sampailah ke Tol Temerloh, laju ke #rolleyes . .

Setakat itu ajelah aku menulis tentang comeback aku dekat negeri Terengganu ni. Nak ber 'food hunting' memang tak sempat lah since dua hari je datang :[ . Okaylah, jumpa dekat next entry ek, cerita lain pulak menyusul ") .

Comments

Popular Posts