Perjalanan misi jubah satu line aku ")

Assalamualaikum!

Pe kabo ") . Harini aku baru je ada mood nak menulis balik "P . Semalam dah seronok berliburan, harini kena lah bekerja balik ye dok "0 . Untuk entry kalini, aku nak ceritakan dekat korang serba sikit tentang perjalanan pembelajaran aku, paling penting bukan senang yerp!

Finally dapat pakai jubah grad sendiri ")

Bagi yang pernah mengenali aku dulu, aku ni bekas pelajar Kolej Matrikulasi, kolej mana malas la nak sebut, biarlah rahsia haha. Matrik ni sebuah program persediaan sebelum memasuki alam Universiti di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua orang tahu, habis je Matrik terus masuk Universiti, tapi tidak bagi aku "( .

Meh aku ceritakan serba sedikit macam mana belajar dekat Matrik ni, maaflah kalau ada yang tersalah info sebab maklumlah hampir 7 tahun meninggalkan zaman itu haha. Dekat Matrik ni ada menawarkan dua kos, Perakaunan dan juga Sains tulen. Aku dapat kos Perakaunan dan tempoh pembelajaran aku ni satu tahun. Paling ramai belajar kos Sains dan kos dieorang ada sampai dua tahun, kos kiteorang ni kiranya minoriti lah huhu. Bagi aku, zaman Matrik lah zaman paling tak bestnye sebab aku takde member sangat "( . Aku rapat dengan roomates aku je huhu sedih!

Belanja gambar throwback sikit muhahaha.
Sampai sekarang kiteorang still contact each other ") and sampai sekarang tak tahu siapa yang kawin dulu hahaha
#semuabujang

First thing you must know, belajar dekat Matrik ni, laju yerp! Seingat aku lah, lecturer kena habiskan silibus dalam masa dua bulan je, if I'm not mistaken. Masa batch aku dulu, kiteorang dibahagikan kepada tiga kumpulan kuliah dan aku ditempatkan dalam Kuliah Dua. Kata para lecturer, kuliah aku ni lah yang paling hinggaq sekali sebab ramai pelajar lelaki "D . Dalam setiap kuliah, dibahagikan pulak kepada beberapa kelas tutorial. Kelas ni macam group kecil lah untuk lecturer fokuskan sebab dalam kuliah kan ramai, macam mana lecturer nak detect siapa paham siapa tak. Masa tu aku dapat kelas 2A10b, kelas yang semuanya tak seberapa kepala dengan aku haha.

Dalam tak sekepala tu, sempat tau buat makan makan for the last huhu
Selepas tu aku dah tak pernah jumpa dengan dieorang lagi ") 

Kos aku ni ada empat subjek utama, Prinsip Perakaunan, Matematik, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi, semuanya wajib skor yerp! Aku paling suka subjek mengira sebab tu result aku lawa je tang tu haha. Aku paling benci subjek Ekonomi entah lah kenapa, susah nau paham keluk bagai tu. Subjek bisnes tu pun aku tak suka sebab kena banyak menghafal #rolleyes . Subjek bisnes tu pulak banyak benda nak kena hafal and aku ni bab menghafal memang lah kena bawak mengucap banyak sikit, tak lekat lekat haha. Kira fair lah ni, dua subjek okay dua subjek ke laut #cryinsideout . Tapi lepas result exam keluar, kos aku lah yang paling ramai dapat 4.0 flat, bebudak kos Sains tu ada jugak yang dapat 4.0 flat nye tapi takde lah ramai macam kami haha #yangpentingbukanresultaku .


Life masa belajar dekat Matrik ni macam engko tengah sekolah je, cuma up sikit lah haha. Kelas kiteorang pack setiap hari, start pukul 8 pagi sampailah 5 petang. Hari Jumaat tu lapang sikit lah sebab kelas sampai pukul 12 tengahari je. Tapi lecturer Math aku, arwah Encik Adam suka bagi homework hujung minggu #cryinsideout . Kiteorang kena pergi office dia, amik soalan and buat, minggu depan tu dalam lecture dia akan pick name randomly untuk tunjuk dekat kengkawan engko betul ke tak jawapan tu, aku pernah kena panggil sekali huhu #goodname . Mintak tolong korang sedekahkan Al Fatihah untuk sir aku, Encik Adam "( . Aku anggap dia idola tau sebab cara dia mengajar tu smooth je walaupun soalan Math dekat sini tahap PHD punye haha. Dia selalu share pengalaman dia masa study dulu which was aku ada ikut sikit sikit ") . Hari minggu biasanya pihak kolej suka sangat buat aktiviti untuk kiteorang, so tak dapatlah nak balik rumah "| . Tapi member member aku ada je yang ponteng haha termasuk aku #rolleyes .

Lepas je result penuh keluar, aku mohon UPU untuk menyambung pelajaran ke peringkat Degree pulak tapi nasib tidak menyebelahi aku "( . Untuk panggilan pertama aku gagal ditempatkan di mana mana Institusi pengajian tinggi awam negara ini, aku cuba lagi membuat rayuan. Namun result dia tetap sama, katanya result exam aku tidak melepasi syarat untuk memasuki kos tersebut "( . Waktu tu Tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku. Hampir setiap malam aku menangis menyesal kenapa lah aku tak layak "( . Kadang kadang aku menangis semasa berdoa, kenapa Dia menguji aku sebegini. Aku rasa macam aku sorang je yang vodo sebab tak dapat sambung belajar "( , sumpah down weh!




Masa tu aku hanya mampu tengok ajelah member member aku update tentang first day masuk Uni meanwhile aku melayan perasaan sendiri dekat rumah "( . Masa tu baru nak menyesal kenapa malas sangat study dulu #takgunadah . CikJah tahu aku sedih cuma dia tak tunjuk je "| . Siapa tak sedih kan, anak tak dapat masuk Universiti macam anak orang lain #sorrymak . Tapi alhamdulillah, semua orang support aku walaupun aku tak dapat nak masuk Uni macam orang lain. Nak menghilangkan sedih tu, aku ada kerja part time dekat sebuah stesen minyak ni. Aku kerja tak lama tapi dapatlah menyimpan sikit selain belajar tentang perangai orang haha.

Senyum dalam frust haha

Masa aku bekerja tu, aku ada kenal dengan sorang Prof ni, dia ni sebenarnya lecturer sepupu aku. Prof ni lah yang bagi aku jalan macam mana nak sambung belajar balik. Dia yang suggest pada aku untuk mohon belajar di UiTM, masa tu UiTM tengah buat pengambilan pelajar baharu. Aku terus siapkan dokumen apa yang patut, pastu esok tu aku terus pergi pejabat pos haha gigih! Aku harap sangat UiTM menerima permohonan aku. Bila result keluar, alhamdulillah aku ditawarkan kos Diploma Pentadbiran Awam. CikJah lah orang yang paling gembira sekali. Aku ni dikira sebagai 'mengulang' sebab Matrik dulu pun dianggap sebagai Diploma, cuma tak diiktiraf lagi je masa tu ") . Masa study Diploma tu ada je aku jumpa pelajar Matrik yang senasib dengan aku ni "| , cuma dieorang lebih tabah lah haha.

AM1101C  ")

Ada hikmah yang aku belajar daripada semua ni, dalam diam Allah gantikan perkara yang lebih baik pada aku sebenarnya. Masa study Matrik dulu, aku takde kawan sangat tapi baru semester satu Diploma, bermacam jenis kawan yang aku ada haha #alhamdulillah .


Allah gantikan kesedihan aku tu dengan perkara yang lebih baik rupanya . 


Aku seronok sangat masa belajar Diploma! Sampai sekarang aku ingat setiap detik manis semasa belajar Diploma dulu, belajar pulak dekat tempat best #uitmdungun #melting . Sejujurnya, semasa minggu pertama bergelar pelajar Degree ni susah sebenarnya haha. Lecturer semua jenis 'tak menunggu' pelajar, kita yang kena kejar dieorang "0. Kalau takde kawan kawan aku tolong, mungkin sekarang ni aku tengah belajar lagi "( . Alhamdulillah perjalanan Degree aku berjalan dengan lancar walaupun semester akhir tu nampak macam nak karam sikit haha #gradontime . Aku malas nak cerita panjang pasal perjalanan Degree ni, korang boleh baca dekat entry entry sebelum ni ek "D .


Akhir kata, kepada adik adik yang nak sambung belajar tu, goodluck on creating your future ") , yang tengah belajar tu, nikmatilah masa belajar anda sebab suatu hari nanti korang akan rindu zaman tu "( . Paling penting jangan alpa dalam menjaga hubungan kita dengan Allah, sebab hanya dengan Dia lah kita meminta petunjuk dan pertolongan ") . Jaga hubungan dengan ibu bapa, bawak rajin sikit call mak ayah, mintak dieorang doakan supaya dipermudahkan kita belajar. Jaga jugak hubungan dengan lecturer sebab dieorang ni ibarat kedua ibu bapa kita di Universiti ") .

Alhamdulillah terima kasih Tuhan ")
Next, misi jubah dua line mungkin ;')

Okay lah, terpanjang pulak aku menulis kalini huhu jumpa next entry okay ") .

Comments

Post a Comment

Popular Posts