Setelah sekian lama mendiamkan diri "D

Assalamualaikum !

Pe kabo ") . Lamaaaaaaaa gila rasanya aku tak update blog, last entry haritu 6 Januari, now dah 21 Oktober hahaha dan secara rasminya aku sekarang adalah seorang 'penggangur terhormat' "P . Dah tiga bulan lebih menganggur, baru harini aku ada masa nak menulis balik #dasarpemalas .

Hasil tak menulis sembilan bulan, mengembang dengan jayanya "(

Actually, aku baru je selesai edit balik blog ni dalam Bahasa Melayu since aku tak berapa selesa sangat menulis dalam Bahasa Inggeris, tak puas nak bercerita haha. Banyak cerita yang aku nak share dengan korang, almaklumlah daripada bulan Januari sampailah bulan ni of course ada beberapa perkara menarik yang berlaku. Nak sumbat satu entry terus memang pengsan lah aku nak menulis, so nanti aku akan bahagikan kepada beberapa entry ") .

Dalam masa sembilan bulan ni, macam macam benda jadi pada aku ni, daripada 'selesa' bekerja sampailah berhenti disebabkan alasan peribadi. Aku pernah cerita dalam entry sebelum ni yang aku pernah kena marah teruk dengan customer, tak berhenti setakat tu je yer, selepas selepas itu pun ade je kes terjadi "0 . Semuanya memalukan! Kebanyakkan yang marah aku tu semuanya bangsa aku sendiri "( . Takde sifat pemaaf langsung, makin kurang ajar lagi ade lah ! Tapi aku anggap semua tu sebagai pengalaman bekerja, kalau korang berminat nak kerja dekat sektor customer service ni, paling penting hati kena kental okay #rolleyes .

Alhamdulillah tahun ni jugak aku dapat konvo degree . Nak cerita karang panjang pulak haha, nanti aku buat satu entry bagaimana susah payahnye aku nak dapatkan sekeping Ijazah tu yerp #rolleyes .

Misi jubah satu line is done ")

Tahun ni jugaklah aku paling kenyang makan kenduri kawin member member aku. Lepas sorang sorang kawin, lepasni datang kenduri aku bawak anak dah memasing ") . Aku? Tunggu lah dulu kot, masih mengenal hati budi, acewahhh. Nak move on kena lah cari pengganti cepat yedok :'] . Sejujurnya, walaupun dah setahun perkara tu berlalu, tapi payah beno hati ni nak move on haih, nasib baik sidia masih setia menunggu ") .

Sidia tahu aku dah lama nak spec baru, cuma disebabkan masalah kewangan, aku tak dapat nak tukar yang baru,
tapi haritu sidia tetibe je buat surprise, kekonon nak check mata tapi sebenarnya nak belikan spec ni hmm
terima kasih jannu #cryinginsideout 
Terima kasih jannu #siscryinsideout
Nampak matang katanya haha
Kalau ada duit lebih dia nak aku buat operation mata tapi aku cakap takpelah yang tu biar daripada duit hasil titik peluh aku sendiri ") 

Tahun ni jugak aku dapat tukar phone baru huhuhu
Takde siapa siapa beli #rolleyes

Aku menggangur ni dah tiga bulan lebih sebenarnya haha lama gila kot! Nasib baik ada duit simpanan sikit, bolehlah tak bekerja sekejap. Tapi nama pun simpanan, toksah aspect makin bertambah lah yerp. So, aku ada lah buat bisnes online sikit untuk tambah sikit sikit simpanan aku tu, gigih tau aku pergi 'berguru' dekat Shah Alam, niatnya kalau success nak bayar hutang belajar ni. Cuma bisnes aku agak slow sikit sekarang sebab aku jarang dah bukak Ads. Main Ads ni pun kena guna duit tau sebab kita bayar media social ni untuk iklankan bisnes kita. Buat masa sekarang ni aku dah stop main Ads sebab simpanan aku makin mengurang, karang Coway tu siapa nak bayar haha.

Tolong Likes Facebook page bisnes aku ni https://www.facebook.com/kakkinapparel/ dengan follow Instagram Official https://www.instagram.com/kakkincloset/ okay ") 

Cakap pasal menganggur ni, kengkadang aku down jugak bila ada orang mempertikaikan kenapa aku berhenti kerja, sampaikan aku dah malas nak menerangkan kenapa. Aku ni anak tunggal, tanggungjawab tu lebih kurang sama dengan anak sulung. Kalau boleh aku nak mendirikan rumahtangga tu selepas CikJah CikJak sihat sepenuhnya "( tapi aku tahu, orang tua memang akan selalu sakit. Peluang pekerjaan dekat sini pulak tak banyak tapi apa pilihan yang aku ada huhu. Buat masa sekarang ni, CikJak dengan CikJah ialah priority aku, soal kerjaya aku kena hold dulu "( .

Selain memendam perasaan sedih tak dapat kerja best haha, aku jadi manager tak berbayar CikJah yerp #rolleyes . Manager tu merangkumi suri rumah sepenuh masa ler, memacam resepi aku try haha #skillimprove . Kengkadang kerja persatuan CikJah aku yang buatkan, macam haritu persatuan dia nak buat rombongan pergi KL, aku yang handle okay, bukan kaleng kaleng tau haha #rolleyes .

CikJah kemain ek pergi rombongan "0

Aku harap korang tolong doakan aku dimurahkan rezeki dapat bekerja di kampung halaman sendiri #ramairamaiamin . Bukan taknak merantau, bapak lah nak nye melihat negeri orang, cuma keadaan yang tidak mengizinkan "( . Tawaran tawaran kerja jauh tu pun, aku terpaksa tolak walaupun hati ni beria nak pergi "( . Okay lah aku akan panjangkan lagi cerita ni dekat entry selepas selepas ini ek ") .

Sekian hahaha  ")

Comments

Popular Posts